Subscribe:

Ads 468x60px

`

Selasa, 18 Oktober 2011

Jambatan Kedua Pulau Pinang

Photobucket
(Gambar dari Bernama)
Deretan konkrit yang dibina untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang

Negeri Pulau Pinang yang juga dikenali sebagai Pulau Mutiara bakal mendapat mercu tanda baru apabila projek Jambatan kedua Pulau Pinang yang kini dalam pembinaan bakal disiapkan lebih awal daripada jadual. Projek tersebut bermula seawal tahun 2008 dan dijangka siap pada tahun 2013. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman bin Abu Mansor dalam kenyataanya berkata, melihat kepada kesungguhan pihak kontraktor melaksanakan projek itu ia mungkin akan siap dua bulan awal daripada yang dijadual.

Ahad, 16 Oktober 2011

Perlantikkan Yang di-Pertuan Agong ke-14

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua.

Photobucket

Akhirnya pengumuman yang ditunggu-tunggu telah tiba. Pada mesyuarat sidang khas Majlis Raja-Raja ke-226 yang diadakan pada 14 Oktober lepas, jelaslah sudah akan Pemerintah negeri manakah yang akan ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14. Duli Yang Maha Mulia, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dari Kedah diumumkan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa mulai 14 Disember 2011. Rata-rata, ramai orang memang amat teruja untuk mendengar keputusan tersebut terutamanya dengan banyak gosip-gosip berkumandang di laman sesawang.

Sabtu, 24 September 2011

Senarai Presiden PAS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Photobucket

Di bawah ini adalah senarai Presiden PAS semenjak ditubuhkan

Jumaat, 23 September 2011

Senarai Presiden UMNO

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua.

Photobucket

Di bawah ini adalah senarai Presiden UMNO semenjak ia ditubuhkan.

Khamis, 18 Ogos 2011

Mangsa simbahan asid

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Photobucket

Kecacatan kekal, itu adalah nasib yang menimpa pada sesiapa yang menjadi mangsa serangan asid. Asid dengan sifat menghakis akan merosakkan struktur kulit dan meninggalkan kecacatan kekal kepada mangsa. Ia adalah penamat yang agak kejam. Barang siapa yang mendengarnya pasti akan berasa seram kesejukan, apatah lagi jika melihatnya dengan mata sendiri. Ibarat berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang tradegi yang menimpa seorang jejaka tampan bernama Mohd Rafee bin Abd Latiff.

Khamis, 11 Ogos 2011

Nasib Asyraf di Kota London

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Photobucket

London, antara kota metropolitan terbaik dunia mengalami rusuhan terburuk dalam sejarahnya yang sekarang ini memasuki hari kelima semalam. Kerajaan Britain pimpinan David Cameron masih lagi berusaha untuk memulihkan keadaan. Sementara Polis Britain seramai 16,000 telah ditempatkan berkawal di seluruh bandar. Namun, keadaan juga lebih malang apabila seorang pelajar Malaysia tajaan MARA di London, Mohd Asyraf Haziq, 20, yang menjadi mangsa rusuhan di London. Video kejadian telah dirakam dan semenjak itu, ia telah menjadi simbol mangsa keganasan rusuhan di London.

Selasa, 2 Ogos 2011

Tiada lagi Ashraf

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Photobucket

Kisahnya keluar di muka depan surat khabar, dan di mana-mana kisah hidupnya telah diketahui umum. Rata-rata pasti mengenalinya akan kisah hidupnya apabila permohonannya untuk menukar nama sebagai Aleesha Farhana telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Terengganu pada 18 Julai 2011. Dan, Ashraf menghembuskan nafasnya yang terakhir sebelum umat Islam menyambut ketibaan Ramadhan. Sekali melihat pasti ramai akan menganggapnya sebagai seorang wanita sejati walaupun secara hakikatnya dia dilahirkan sebagai seorang lelaki.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails