Pemangku Sultan Perak, Raja Nazrin Shah ketika merasmikan persidangan DUN Perak
Mac 2008, Pakatan Rakyat terdiri daripada 3 parti, PKR, DAP dan PAS berjaya membentuk kerajaan negeri. Namun, ia bukanlah satu permulaan yang mudah. Dengan majoriti kerusi dipegang oleh DAP yang semua wakilnya beretnik tionghua-Malaysia, ia merupakan satu dilema besar kepada kebanyakan lapisan masyarakat. Siapakah bakal menteri besar perak menggantikan Tajol Rosli? Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah akhirnya memutuskan bahawa Ir Nizar Jamaludin,Pengerusi PAS Perak sebagai Menteri Besar Perak ke-10. DAP pada awalnya membantah keputusan tersebut namun akhirnya menarik balik tuntutannya. Dengan personaliti Ir Nizar yang merupakan keturunan Melayu-Cina dan kebolehannya berbahasa dalam pelbagai bahasa berjaya menarik sokongan rakyat Perak untuk menyokong Kerajaan Pakatan Rakyat.


