Subscribe:

Ads 468x60px

`

Ahad, 4 April 2010

1 tahun sebagai Perdana Menteri

Perdana Menteri Malaysia

3 April 2010, genap sudah tempoh 1 tahun Dato Seri Najib memegang tampuk pentadbiran sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6. Dato Seri Najib yang juga merupakan anak kepada Perdana Menteri Malaysia yang kedua mewarisi kedudukan sebagai Ketua Kerajaan Malaysia apabila Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah Ahmad Badwi meletak jawatan. Dan semenjak dari itu, Dato Najib tanpa mengenal penat lelah telah berjaya meletakkan negara ke landasan yang stabil melalui konsepnya, 1 Malaysia. Antara perubahan yang berjaya beliau laksanakan adalah dari segi kestabilan politik, perkembangan ekonomi dan keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional.

Mac 2008, pilihanraya umum Malaysia ke-12 menyaksikan Parti Barisan Nasional membentuk kerajaan persekutuan namun tanpa majoriti 2/3 parlimen. Di samping itu, Barisan Nasional juga kalah di 5 buah negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Keadaan BN yang kehilangan moral akibat keadaan tersebut bertambah teruk dengan slogan pemimpin parti-parti pembangkang mengumumkan pembentukan 'Pakatan Rakyat' dan menyuarakan slogan 'Kerajaan baru 16 September'. Keadaan politik yang panas itu semakin hangat apabila satu demi satu masalah melanda Barisan Nasional sehingga Tun Abdullah yang terkenal dengan sifat lemah lembut dan toleransi didesak berundur dari jawatan Perdana Menteri. Keadaan tersebut dirujuk dengan nama "Tsunami Politik" Malaysia.

Pada waktu inilah, Dato Seri Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia. Situasinya kebetulan sama dengan keadaan negara pada waktu ayahnya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri iaitu ketika negara baru aman dari tragedi berdarah 16 Mei 1969. Dari tempoh 3 April 2009 sehingga 3 April 2010, Dato Seri Najib berjaya mengubahkan keadaan ini. Beliau berjaya mengemudi negara keluar dari "Tsunami Politik" ini dan BN berjaya dimantapkan. Pakatan Rakyat yang selama ini menyerang hebat BN mengalami masalah dalaman dengan tumbangnya kerajaan PR Perak dan beberapa ahli parlimen PR keluar parti dan menjadi ahli bebas. Semua ahli yang keluar ini sudah cukup untuk BN mendapat semula majoriti 2/3 di dewan rakyat. Menurut kajian yang dikeluarkan dari Merdeka Centre, persepsi rakyat mula berubah apabila 68% rakyat didapati berpusa hati dengan prestasi Dato Seri Najib.

Dari segi ekonomi, negara mengalami krisis ekonomi paling teruk dalam sejarah apabila ekonomi dunia menyusut. Ekonomi Malaysia yang banyak dipacu dengan ekonomi dunia telah menerima kesannya secara langsung. Pada tahun 2009, ekonomi negara mula menunjukkan pemulihan yang tidak disangka apabila ekonomi negara mula berkembang 4.5% pada suku keempat 2009. Dato Seri Najib mula memperkenalkan Pelan Dasar Ekonomi Baru yang akan membangunkan Model Ekonomi Baru (MEB). Pelan ini menyasarkan yang Malaysia akan mencapai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020. Datu Seri Najib menyasarkan yang pada tahun 2020, pendapatan per kapita rakyat Malaysia adalah AS$ 15 000 (RM 49 000) berbanding sekarang yang hanya AS$ 7 000 (RM 23 000). Sasaran beliau ini jika menjadi kenyataan bakal meletakkan Najib sebagai salah seorang pemimpin yang hebat.

Sementara bagi soal sokongan kepada BN, BN mula kembali stabil apabila beberapa parti komponen yang mempunyai krisis mula menunjukkan perubahan positif. Walaupun secara dasarnya UMNO yang lebih dominan di BN, kejayaan BN juga dipacu oleh parti-parti lain di BN. Krisis MCA pada dasarnya telah menjejaskan sokongan masyarakat Tionghua-Malaysia kepada MCA. Semoga pemulihan MCA juga memulihkan sokongan mereka kepada BN. Tanda aras penilaian sesebuah parti sudah tentulah terletak di tangan rakyat dan dizahirkan melalui pilihanraya. Sama-sama kita saksikan apakah BN berjaya memenangi kerusi parlimen yang baru sahaja kosong iaitu Hulu Terengganu yang secara tradisinya merupakan kerusi BN sejak pilihanraya 1959.

Sudah tentulah masa depan seseorang Perdana Menteri bukan diukur melalui tahun pertama pemerintahannya. Masih banyak yang perlu diharungi oleh Dato Seri Najib dalam mentadbir Negara Malaysia yang pada dasarnya berbilang kaum. Malah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir juga menyatakan bahawa masih terlalu awal untuk membuat penilaian terhadap Dato Seri Najib.

Semoga Dato Seri Najib dapat mengemudi Malaysia ke arah yang lebih gemilang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails