Pemangku Sultan Perak, Raja Nazrin Shah ketika merasmikan persidangan DUN Perak
Mac 2008, Pakatan Rakyat terdiri daripada 3 parti, PKR, DAP dan PAS berjaya membentuk kerajaan negeri. Namun, ia bukanlah satu permulaan yang mudah. Dengan majoriti kerusi dipegang oleh DAP yang semua wakilnya beretnik tionghua-Malaysia, ia merupakan satu dilema besar kepada kebanyakan lapisan masyarakat. Siapakah bakal menteri besar perak menggantikan Tajol Rosli? Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah akhirnya memutuskan bahawa Ir Nizar Jamaludin,Pengerusi PAS Perak sebagai Menteri Besar Perak ke-10. DAP pada awalnya membantah keputusan tersebut namun akhirnya menarik balik tuntutannya. Dengan personaliti Ir Nizar yang merupakan keturunan Melayu-Cina dan kebolehannya berbahasa dalam pelbagai bahasa berjaya menarik sokongan rakyat Perak untuk menyokong Kerajaan Pakatan Rakyat.
Namun kerajaan tersebut hanya bertahan 11 bulan apabila 3 orang wakil rakyat PR keluar parti dan memberi sokongan kepada BN. Kerajaan yang dibentuk dengan susah payah jatuh dalam sekelip mata. Namun, rakyat masih lagi memihak kepada PR malah sehingga sanggup berdemonstrasi bagi mempertahankan kerajaan tersebut. Perjuangan tersebut terbukti semakin sukar apabila Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berkenan untuk melantik Dr Zambry daripada BN untuk menerajui Kerajaan Negeri Perak sebagai menteri Besar Perak ke-11. Dengan itu, bermulalah perbalahan politik antara BN dan PR dalam merebut kerusi Menteri Besar.
Kekecohan di DUN Perak
Selepas setahun, mahkamah yang pada mulanya memihak kepada Ir Nizar telah menerima usul dari Dr Zambry dan mengesahkan bahawa perlantikan Paduka Seri Sultan Perak adalah sah dari sudut undang-undang Negeri Perak. Namun, Dewan Undangan Negeri masih tidak sunyi dari perbalahan kedua-dua pihak. Sekarang, selepas hampir 2 tahun, keadaan yang sama masih berulang. Semuanya bermula hanya dengan satu perkara, Kerusi Menteri Besar...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan