Subscribe:

Ads 468x60px

`

Rabu, 7 April 2010

Antara APCO dan Politik Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.
Selamat Melayari Blog ini.

Isu antarabangsa terutama melibatkan Israel sememangnya amat sensitif di kalangan rakyat Malaysia yang beragama Islam. Maka, sudah tentulah apa-apa perkara antara organisasi-organisasi di Malaysia yang ada kena mengena dengan Israel sudah tentulah akan ada seruan untuk memboikot dan menolaknya sama sekali. Itulah suatu hakikat yang nyata, terang lagi bersuluh. Baru-baru ini negara kita dikejutkan sekali lagi dengan kenyataan ketua Pembangkang di Parlimen, Dato Seri Anwar Ibrahim mengenai slogan 1Malaysia yang dilaungkan oleh Dato Seri Najib Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Photobucket

Penulis sememangnya amat berminat dengan perkembangan politik di Malaysia namun tidak akan sekali-kali menerima bulat-bulat kenyataan mana-mana ahli politik. Oleh itu, penulis membuat kajian mengenai syarikat Apco. Benarkah konsep 1Malaysia ditaja oleh mereka? Benarkah mereka pro-yahudi? benarkah 1Malaysia dicedok dari 1Israel?

APCO Worldwide




Photobucket

APCO Worldwide merupakan sebuah firma guaman komunikasi dan beribu pejabat di Washington D.C, Amerika Syarikat. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1984 oleh Margery Kraus yang merupakan CEO kepada firma tersebut. APCO merupakan sebuah syarikat bebas dan sehingga sekarang memegang status syarikat yang majoriti pegangannya adalah wanita. APCO membiayai hampir 500 pekerja di seluruh dunia. Unik di dalam dunia perhubungan awam, APCO luas dikenali akan kejayaannya dalam bidang urusan awam malah ramai di antara senior konsultan mereka merupakan bekas ahli politik dunia berstatus tinggi. Kebanyakan pelanggan APCO adalah dalam bidang koperasi multi-national, kerajaan, pertubuhan, dan pertubuhan tidak berasaskan keuntungan. Perkhidmatan teras yang ditawarkan pula berbentuk korporat, hubungan media, kajian pendapat, pengurusan krisis, pengurusan isu-isu, perhubungan kerajaan, dan komunikasi jaringan.

APCO Worldwide mempunyai cawangan di seluruh dunia dan Ibu Pejabatnya terletak di Washington D.c. Di Eropah pula, ibu pejabatnya terletak di Brussels yang bertanggungjawab untuk syarikat mereka yang berada di Eropah, Asia Barat, dan Afrika contohnya seperti London, Dubai, Rom, Moscow, Berlin dan Tel Aviv. Di Asia pula, ibu pejabatnya terletak di Hong Kong dengan cawangannya yang lain berada di Kuala Lumpur, Jakarta, Mumbai, Singapura, New Zealand dan beberapa buah negara lagi. Antara beberapa personaliti terkenal APCO Worldwide termasuklah :-


  1. Donald Riegle, Bekas Senator Demokratik dari Michigan
  2. Aleksander Kwasniewski, Bekas President Negara Poland
  3. Don Bonker, bekas ahli kongress demokratik dari Washington
  4. Lalit Mansingh, bekas duta Amerika ke India
  5. Marc Ginsberg, bekas Duta Amerika ke Morocco
  6. Itamar Rabinovich, bekas duta Israel ke Amerika
APCO juga terdapat ramai pelanggan-pelanggannya di seluruh dunia dan ASEAN juga termasuk dalam senarai.

Kesimpulan Awal

Kajian penulis tersebut merupakan antara sumber paling pantas untuk dirujuk iaitu Wikipedia. Namun, tidak dinafikan bahawa sumber tersebut juga bukan sumber paling sahih untuk dirujuk. Walau bagaimanapun, memang tidak dinafikan bahawa syarikat Apco memang mempunyai cawangan dan Senior Kaunselor syarikatnya dari Israel.

Apa kata APCO?

Mengikut pada laporan akhbar Utusan Harian bertarikh 31/3/2010, APCO menafikan dan telah mengulangi kenyataannya bahawa ia tidak terlibat dalam menggubal konsep 1 Malaysia yang dilaungkan oleh Kerajaan Malaysia sekarang. Pengarah Kanan APCO, Adam Welsh juga berkata, syarikat itu tidak berkhidmat dengan kerajaan Israel seperti yang didakwa.



''Sebagai perunding komunikasi, kami tidak terlibat dalam penggubalan dasar sebaliknya hanya menasihati kerajaan dalam hal menyampaikan maklumat kepada orang awam,"


Penilaian?


Setelah membuat penilaian awal, penulis mengklasifikasikan dakwaan ini sebagai dakwaan kelas ketiga iaitu tidak penting. Bukan bermaksud penulis merendahkan apa yang hendak disampaikan oleh Dato Seri Anwar, namun penulis membuat penilaian ini berdasarkan 3 faktor :-


  1. kenyataan ini dibuat oleh Dato Seri Anwar di dalam Dewan Rakyat yang mana ahli dewan diberi imunisasi untuk membuat apa sahaja kanyataan. Ini adalah kerana Dewan Rakyat merupakan tempat undang-undang digubal, maka sudah tentulah akan ada imunisasi undang-undang diberikan kepada ahli. Penulis tidak teragak-agak menerima kenyataan tersebut jika dibuat di luar dewan.
    Cth :- Isu Bahasa Melayu untuk pengajaran Sains dan Matematik.

  2. Syarikat APCO sudah membuat pengakuan bahawa mereka tidak berkhidmat untuk kerajaan Israel. Malah di dalam Utusan, terdapat kenyataan daripada Pengarah Kanan APCO. Sementara kenyataan tersebut tidak terdapat di dalam surat-surat khabar aliran Pakatan yang lain.

  3. Sudah menjadi adat politik Melayu yang gemar mengamalkan politik cantas-mencantas antara satu sama lain. Jika kita fikirkan semula, ahli-ahli politik Melayu gemar untuk mengkritik dan membidas antara satu sama lain hanya kerana perbezaan politik. Jika kita lihat, apabila kerajaan BN melaungkan slogan "1 Malaysia", parti DAP yang majoritinya Cina melaungkan slogan "Middle Malaysia" untuk menyaingi 1 Malaysia pihak kerajaan. Namun, kita tidak mendengar sebarang laungan dari PKR dan PAS. Adalah menjadi tanggungjawab bagi mereka yang mengkritik untuk memberikan alternatif lain jika benda yang mereka kritik itu sememangnya tidak baik untuk orang lain.
Photobucket

Jadi apa yang penulis boleh simpulkan di sini adalah, walaupun kita sudah lebih 50 tahun merdeka, ahli politik kita ini masih mengamalkan sistem politik tradisional kita iaitu cantas-mencantas, bidas-membidas antara satu sama lain walaupun ianya hanya merugikan diri sendiri.

Banyak lagi kan slogan yang boleh dilaungkan kan? Malaysia Kita, Malaysia Baru, Malaysia Maju, Malaysiaku, Demi Malaysia, Malaysiaku Makmur kerana Islam....

P.S : Bagilah sikit alternatif bagi kami yang generasi baru ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails