Subscribe:

Ads 468x60px

`

Selasa, 18 Oktober 2011

Jambatan Kedua Pulau Pinang

Photobucket
(Gambar dari Bernama)
Deretan konkrit yang dibina untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang

Negeri Pulau Pinang yang juga dikenali sebagai Pulau Mutiara bakal mendapat mercu tanda baru apabila projek Jambatan kedua Pulau Pinang yang kini dalam pembinaan bakal disiapkan lebih awal daripada jadual. Projek tersebut bermula seawal tahun 2008 dan dijangka siap pada tahun 2013. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman bin Abu Mansor dalam kenyataanya berkata, melihat kepada kesungguhan pihak kontraktor melaksanakan projek itu ia mungkin akan siap dua bulan awal daripada yang dijadual.


Jambatan Kedua Pulau Pinang dibina untuk menampung pertambahan jumlah kenderaan yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang. Pulau Pinang buat masa ini adalah pulau kedua di Tanah Melayu dan satu-satunya pulau di Semenanjung Malaysia yang dihubungkan dengan Tanah Besar melalui jambatan. Ia sekaligus menjadi pemangkin kepada kemajuan Pulau Pinang dan memudahkan perhubungan antara bahagian pulau dan Seberang Perai.

Jarak antara 2 jambatan, lama dan baru adalah dalam 8 km. Jambatan Kedua Pulau Pinang apabila siap kelak adalah sepanjang 24km, menjadi Jambatan Terpanjang di Asia Tenggara. Ia akan menghubungkan Batu Maung di sebelah pulau dan Batu Kawan di Seberang Perai. Ia juga sekali lagi mencatat sejarah kerana Jambatan tersebut merupakan yang pertama di dunia yang dibina menggunakan bahan dari getah bagi menghadapi dan menyerap gegaran gempa bumi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails