Subscribe:

Ads 468x60px

`

Sabtu, 21 Julai 2012

22 Julai ; Hari Kemerdekaan Sarawak




Pastinya ramai di antara kita mengetahui akan tarikh keramat 31 Ogos 1957 dan juga 16 September 1963. Itu adalah dua hari kebangsaan yang disambut di Malaysia. 31 Ogos adalah sambutan Hari Kebangsaan sementara 16 September adalah sambutan Hari Malaysia, hari di mana Sabah, Sarawak dan Singapura (Negeri-negeri Baru) bersekutu dengan 11 buah negeri Persekutuan Tanah Melayu (Malaya). Namun, pastinya bila diberitahu akan tarikh 22 Julai iaitu esok, pasti ramai yang tidak mengetahuinya jika diberitahu bahawa ianya adalah tarikh kemerdekaan Sarawak pada tahun 1963. Tidak seperti Sabah dan Singapura yang menerima taraf pemerintahan sendiri sebelum Hari Malaysia, Sarawak telah pun menerima kemerdekaan penuh sebelum Hari Malaysia. Ianya telah pun diberikan pada Sarawak pada tanggal 22 Julai 1963. Bagaimanakah Sarawak diberikan taraf kemerdekaan?


Sarawak secara umumnya adalah di bawah pemerintahan Rajah Putih dari Dinasti Brooke semenjak tahun 1841. Sebelum tahun tersebut, Sarawak adalah salah satu wilayah di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei. Ianya tidak dapat dipastikan sama ada ketika ini, Sarawak adalah jajahan British secara tidak langsung, namun apa yang boleh dipastikan adalah pada masa ini Sarawak pernah menerima pengiktirafan sebagai sebuah negeri yang merdeka pada tahun 1851 oleh British sendiri. Ianya hanya pada tahun 1941, yang Sarawak menerima jajahan langsung apabila dijajah oleh Jepun ketika Perang Dunia II. Penjajahan ini berlangsung sehingga 1946 apabila Jepun berundur dari Sarawak. Namun, pengunduran ini belum bermaksud yang Sarawak menerima kemerdekaan seperti sebelumnya kerana Rajah Putih Sarawak ketika itu, Charles Vyner Brooke yang menghadapi masalah kewangan melihat membangunkan semula Sarawak adalah amat sukar termasuklah juga faktor ketidakyakinannya kepada anak saudaranya yang merupakan pewaris tahta pada ketika itu, Raja Muda Anthony Brooke. Disebabkan oleh itu, Charles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada British pada Julai 1946. Ini menjadikan Sarawak sebagai Tanah Jajahan Mahkota British.

Penguasaan British di Sarawak berterusan sehingga pada tahun 1963, apabila Sarawak menandatangani perjanjian bersekutu bersama-sama Borneo Utara dan Singapura dengan 11 negeri di Persekutuan Tanah Melayu. Selepas penyertaan 3 buah negeri ini, Persekutuan tersebut dikenali sebagai Malaysia. Berbeza dengan Singapura dan Sabah yang menerima taraf 'pemerintahan sendiri' pada 31 Ogos 1963, Sarawak menerima kemerdekaan penuh daripada British pada 22 Julai 1963. Dengan lain perkataan, Sarawak merupakan sebuah negara merdeka sewaktu Hari Malaysia pada 16 September 1963. Pada ketika itu, ianya sebuah negara baru yang berusia 47 hari. Mungkin itu juga salah satu sebab mengapa rakyat Sarawak amat berbangga dengan sebutan Negara Sarawak. Malah, kedatangan penulis ke Sarawak juga memerlukan passport kerana kerajaan Sarawak mempunyai hak istimewa di dalam bidang immegresen.


Persoalan kenapa 22 Julai tidak disambut mungkin kerana disebabkan oleh Hari Kebangsaan di Malaysia adalah disambut pada 31 Ogos. Ia juga adalah sebab mengapa hanya baru-baru ini sahaja Hari Malaysia disambut secara rasmi. Kepada rakyat Negeri Sarawak, diucapkan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-49.

14 ulasan:

  1. terima kasih atas penulisan sejarah yg hebat tersebut.mungkin utk memantapkan karya anda ini,tuan boleh sertakan beberapa sumber rujukan yg sahih supaya tidak dipertikaikan nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari pak hartono malaysia saya mengucapkan banyak terima kasih kepada AKI DARMO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama AKI DARMO dan dengan senang hati AKI DARMO mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi AKI DARMO semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi AKI DARMO DI =082-310-142-255= ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama AKI DARMO

      apakah anda termasuk yang teecantung di bawah ini.?
      1. Di Lilit Hutang
      2. Selalu kalah Dalam Bermain Togel
      3. Barang berharga Anda udah Habis Buat Judi Togel
      4. Anda Udah ke mana-mana tapi tidak menghasiikan Solusi yang tepat Jangan Anda Putus Asa…!!!
      Anda sudah berada Di blog yang sangat tepat anda bisa rubah nasib disini dengan angka riutal 2D=3D=4D=5D=6D=7D
      aki Cuma bilang Kami akan membantu anda semua dengan Angka 2D 3D atau 4D 5D 6D 7D-hAsil Ritual Kami
      Anda Cukup Mengganti Biaya Ritualnya
      kami hanya membantu anda semua dengan Angka ritual Kami..Kami dengan bantuan Supranatural Bisa menghasilkan Angka Ritual Yang Sangat Mengagumkan…Bisa Menerawang Angka Yang Bakal Keluar Untuk Toto Singapore Maupun Hongkong…Dan Lain-Lain Kami bekerja tiada henti Untuk Bisa menembus Angka yang bakal Keluar..dengan Jaminan 100% gol / Tembus…!!!! Tapi Ingat Kami Hanya Memberikan Angka Ritual Kami Hanya Kepada Anda Yang Benar-benar dengan sangat Membutuhkan Angka Ritual Kami .. Kunci Kami Anda Harus OPTIMIS Angka Bakal Tembus…Hanya dengan Sebuah Optimis Anda bisa Menang…!!!
      Jika anda Membutuhkan Angka Ghoib Hasil Ritual AKI DARMO 2D,3D,4D,5D,6D,7D di jamin Tembus 100% terimakasi.. ATAU KTIK- http://pendidikan-merangin.blogspot.com

      Padam
    2. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa dulunya saya ini cuma seorang.
      penjual es kuter kelilin tiap malam. pendapatannya tidak seberapa dan.
      tidak pernah cukup dalam kebutuhan keluarga saya,, suatu hari saya dapat.
      informasi dari teman bahwa MBAH SUJARWO bisa memberikan angka ritual/goib.100% tembus.
      akhirnya saya ikuti 4D nya dan alhamdulillah memanG bener-bener terbukti tembus.
      saya sangat berterimakasih banyak kpd MBAH SUJARWO.atas bantuan MBAH saya sekarang.
      sudah bisa mencukupi kebutuhan keluarga saya bahkan saya juga sudah buka.
      usaha matrial dan butik pakaian muslim.
      Jika anda mau buktikan
      silahkan bergabun sama Mbah Sujarwo
      Di:http://sitogelsgp.blogspot.com Atau { KLIK-DISINI }
      No: tlp.0823-2424-4298
      Saya sudah buktikan benar2 tembus 3x permainan....!!!

      Padam
  2. Apakah nama gelaran ketua negara Sarawak pada 22 Julai 1963? Dan siapakah dia?

    BalasPadam
  3. Daftar beli kereta 22 july 1963 tandatangan dengan bank pun sudah memasuki bulan ogos sekitar 10 ogos 1963 inikan pul proses pembentukan malaysia sebulan dua iti tiada bezanya perjalanan pergi balik ke luar negara untuk menandatangani perjanjian pun mengambil masa dua atau tiga minggu kalau orang tanya bila beli kereta tak tahu sebab hari mendaftar dan hari bawa kereta tidak sama.

    BalasPadam
  4. Yang berjuang menuntut kemerdekaan sarawak rata2 Melayu spt Rosli Dhobie & Sharif Masahor & bbrapa pejuang lain sehingga k titisan darah teraher.. bukannya dayak land!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yg dlm buku...selain tu kamu kena bljr lg...jgn slh anggap...knapa tun jugah di jadikn ketua menteri...kamu kna tw...cari fakta...

      Padam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Jgn lupa perjanjian Malaysia 9 july 1963 sign in london.

    BalasPadam
  7. Jika sarawak pernah jd negara yg merdeka Siapa Perdana Menteri sarawak pertama? Atau Presiden pertama? Ada kah? Sekadar bertanya.

    BalasPadam
  8. Maaf...
    Ada bbrp fakta yg silap
    1. 22 Julai bukan hari kemerdekaan Sarawak...ia hari dimana Sarawak diberi status berkerajaan sendiri...belum lg merdeka krn Gabenor british masih di astana negeri sehingga 15.9.63..
    2. Sabah mendapat status berkerajaan sendiri pd 31.8.63...Singapura lebih awal...dlm thn 1955....
    3. Jawatan ketua negeri bg Sarawak dlm watikah permasyhuran Malaysia ialah Gabenor Sarawak...Sabah dan Singapura pula ialah Yang Dipertuan NEGARA Sabah dan Singapura.
    4. Jawatan ketua kerajaan Sabah dan Sarawak ialah Ketua Menteri, manakala Singapura ialah Perdana Menteri. Ini bermakna jawatan Ketua Menteri Sabah dan Sarawak ialah jwtn seblm Merdeka.Malaya terlebih dahulu sblm merdeka juga diberi status berkerajaan sendiri dgn jwtn Ketua menteri dan selepas merdeka 1957, jd perdana menteri...manakala singapura apabila mereka mengisytiharkan kemerdekaan pd 31.8.63 ( british tidak iktiraf)..ketua menteri naik taraf jd perdana menteri...jd Malaysia pd thn 1963 hinggalah 1965 sblm singapura dikeluarkan dr malaysia...ada 2 org perdana Menteri...rujuk perbualan Tunku dgn LKY..sumber drpd buku memoir LKY.
    5. SABAH SARAWAK SINGAPURA tidak menandatangi perjanjian dgn 11 buah Negeri dlm MALAYA..sila rujuk dokumen Perjanjian Malaysia 1963..ada berapa buah negara dan koloni yg terlibat...5 sahaja pihak yg menandatangi perjanjian Malaysia..dgn British sbg saksi dan pemerintah Sabah Sarawak dan Singapura..fakta 3S menandatangi dgn 11 negeri Malaya itu Salah...
    6. Idea Gagasan Malaysia ialah Federation of Nation...bukan Federation of 14 States.Tunku sendiri menegaskan ttg bentuk sebenar persekutuan yg dibentuk..Ia adalah Persekutuan yg BARU..negara baru...tapi apa yg berlaku sebaliknya setelah semua 3S bersetuju membentuk Malaysia..kerajaan Malaya hanya menukar nama dan menyerapkan 3 'negeri baru' ini dlm Malaya...lebih parah apabila singapura keluar dr malaysia dan berlaku pindaan pd thn 1976..apabila Malaya telah mengubah status Sabah dan Sarawak menjadi negeri Dlm Malaya drpd rakan kongsi sama taraf dgn Malaya..dpt yg dikatakan oleh Tunku..

    Bykkan lg membaca tuan tuan...Malaysia telah jauh menyimpang drpd tujuan Asal penubuhannya...

    Mmg benarlah kenyataan...sbnrnya Sarawak dan Sabah masih belum mencapai kemerdekaan sebenar...kerana hakikatnya..British tlh menghadiahkan Sabah dan Sarawak yg kaya dgn sumber minyak dan gas kpd Malaya...siapa yg tak mahu dan tak suka jika diberi permata yg sgt berharga?...baca betul2...fakta nya KEDAULATAN SABAH DAN SARAWAK telah dipindahkan drpd Ratu England selaku ketua Negara UK/ British kepada YDP Agong ke 3 Malaya...

    Buka mata buka minda tuan2...saya berckp berdasarkan fakta...sumber drpd dokumen2 yg didedahkan, buku2 sejarah, artikel dan lain2 lagi.

    BalasPadam
  9. Lupa...

    SARAWAK mmg sebuah negara sejak thn 1841...apabila diserahkan kpd James Brooke...mendapat pengiktirafan kedaulatan dan kemerdekaan drpd USA terlebih dahulu..dan kemudian drpd British...oleh kerana Sarawak masih baru merdeka dan blm mempunyai kekuatan pertahanan..Sarawak menandatangi perjanjian perlindungan dgn British..menjadikan Sarawak sbg negara dibawah perlindungan British (Protectorate State) namun masih kekal sbg negara merdeka..Sehingga tahun 1941..apabila Jepun menyerang..Jepun menjadi penjajah pertama Sarawak..apabila Jepun tewas..bendera Jepun diturunkan dan bendera Sarawak kembali berkibar. Namun selepas itu Pentadbiran Sarawak diambil alih oleh Tentera Australia mewakili British dan akhirnya pd 1.7.46..Sarawak diserah secara paksa kpd British..sejak itu status kemerdekaan sarawak telah hilang hingga ke hari ini...pada thn 63...kedaulatan dan kemerdekaan Sarawak diserah kpd Malaya..Malaya sbg penjaga baru telah memberi kebebasan kpd Sarawak utk memerintah..tp bukan kebebasan mutlak/ kemerdekaan penuh..Jika Sarawak tidak memilih utk bergabung dgn Malaya...mungkin tiada istilah Sarawak Merdeka Dalam Malaysia...fhm betul2 istilah itu...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails