Kebelakangan ini agak hangat diperkatakan akan bilakah tarikh pilihanraya umum ke-13 akan diadakan. Ini adalah kerana, tarikh yang dikatakan 'keramat' telah pun berlalu, iaitu 11 November 2011. Kenapa? Kerana 11 merupakan angka bertuah bagi Datuk Seri Najib Tun Razak. Namun tarikh tersebut berlalu tanpa ada apa-apa tanda yang Parlimen akan dibubarkan. Hanya ada beberapa petanda kecil seperti perjumpaan ketua-ketua parti komponen Barisan Nasional dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga persediaan awal Suruhanjaya Pilihanraya, SPR untuk menghadapi pilihanraya.