Penulis pertama kali mendapat tahu akan berita ini sejak sebelum perayaan Tahun Baru Cina. Berita ini telah tersebar dengan agak pantas juga, termasuk juga berita ini telah diedarkan dalam risalah-risalah ke rumah-rumah di kawasan perjiranan penulis. Agak kecoh juga buat sementara waktu. Masakan tidak, apa perasaan anda jika bahan-bahan dapur yang selalu digunakan untuk membuat masakan-masakan seharian seperti Tepung Cap Sauh adalah daripada bahan yang haram? Bukan sekadar itu sahaja, antara produk lain adalah Minyak masak Seri Murni.
Jadi pastinya ada di antara kita yang rasa takut, gementar dan ragu-ragu untuk membeli produk-produk ini. Menurut risalah ini lagi, ia menyatakan bahawa produk-produk di bawah pasaran lelaki terkaya di Malaysia ini, iaitu Robert Kuok telah menipu rakyat Malaysia untuk mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda. Produk-produk seperti Tepung Cap Sauh dan Tepung Cap Kunci ini dikatakan mempunyai sumber babi dan peluntur merbahaya. Penulis hanya mendengar sahaja isu ini dan tidak memberikan apa-apa komen, sehinggalah penulis membaca email balasan daripada pihak Jakim yang ditulis di blog Hyz, salah seorang blogger di laman sesawang.
Untuk makluman khabar angin mengenai produk tepung sauh dan minyak murni itu tidak benar. Ia masih menggunakan sijil halal Jakim yang sah sehingga kini. Berkaitan Subway pula, ia menggunakan sijil badan swasta yang tidak diiktiraf Jakim. oleh itu ia sedang memohon sijil halal Malaysia. Sekian wassalamDan di bawah ini adalah petikan email yang dihantar.
Jika anda masih ragu-ragu, bolehlah melayari laman web Hyzcreative atau pun terus mendapatkan pengesahan daripada pihak Jakim. Kesimpulan yang boleh dibuat adalah, ini adalah salah satu unsur sabotaj yang biasa wujud dalam pasaran Malaysia. Tindakan ini bolehlah dikatakan perbuatan berbaur khianat seperti mahu menabur pasir di periuk nasi orang lain. Jadi, diharap orang ramai tidak terpengaruh dengan perkara seperti ini sebelum mendengar penjelasan daripada pihak Jakim sendiri. Penulis hanya mengambil berita Tepung Cap Sauh sahaja, tentang restoran makanan segera Subway, boleh merujuk terus ke blog tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan