Namun, petanda-petanda tersebut tidak lebih hanya hipotesis dan bersifat spekulatif yang tidak didukung dengan bukti kukuh dibelakangnya. Sekurang-kurangnya buat masa ini. Bagi penulis pula, adalah mustahil untuk Parlimen dibubarkan dalam keadaan pelajar masih lagi menduduki peperiksaan SPM dalam November dan Disember ini. Tambahan pula, ini adalah musim tengkujuh. Pastinya akan menyusahkan ramai pihak jika pilihanraya diadakan pada waktu ini. Mahukah anda mengundi ketika banjir? Oleh itu, waktu yang pastinya berkemungkinan besar untuk PM membubarkan Parlimen sudah pastinya selepas bulan Mac tahun depan.
Malah, terdapat beberapa juga isu yang masih tertunggak yang pastinya akan memberikan masalah tambahan jika tidak diselesaikan sebelum pilihanraya ke-13 diadakan.
- Penambahbaikan proses Pilihanraya
Sudah pastinya ramai yang masih mengingati tuntutan pihak penganjur BERSIH 2.0 sebelum ini? Selepas tekanan hebat daripada rakyat yang mahukan Pilihanraya yang adil dan bersih, sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen telah pun dibentuk untuk membincangkan akan hal ini. Ia dianggotai oleh wakil rakyat kerajaan, pembangkan dan ahli bebas. Jawatankuasa ini sehingga ke hari ini masih dalam proses jelajah ke seluruh Malaysia dan masih belum ada apa-apa pembaharuan yang dijalankan. Belum pun hilang kontroversi BERSIH 2.0, pihak yang sama telah mengugut akan mengadakan BERSIH 3.0 jika tuntutan mereka tidak diikuti. Mungkin tidak ada apa yang perlu dirisaukan, tetapi dalam keadaan sebelum pilihanraya perlu berhadapan dengan 10,000 perdemonstrasi? Suatu permulaan yang tidak baik langsung. - Pemansuhan ISA
Ramai rakyat Malaysia melaungkan kegembiraan apabila Datuk Seri Najib mengumumkan pemansuhan undang-undang ISA. Berita ini menjadi satu berita hangat sehinggakan kerajaan Singapura juga memandang perkembangan berita ini dengan teliti. Ia dilaungkan sebagai 'kemenangan rakyat' terhadap perjuangan membebaskan negara daripada undang-undang warisan penjajah. Namun, berita lama ini menjadi kegelisahan ramai apabila Datuk Seri Najib mengumumkan yang undang-undang ISA hanya boleh dimansuhkan selepas bulan 3 tahun 2012 kerana prosedur undang-undang. Jadi, ramai yang sedang menunggu untuk mengambil kesempatan akan perkara ini, menyerang kerajaan dengan petisyen jika ia tidak dimansuhkan segera sebelum pilihanraya. - Pembubaran DUN
Isu yang ketiga adalah isu yang mudah tetapi agak payah lagi-lagi dengan situasi politik sekarang. Seringkali pembubaran Parlimen akan diserentakkan dengan pembubaran DUN. Itu adalah ibarat satu kemestian. Pertama, mudah untuk diuruskan, kempen untuk Parlimen dan DUN serentak. Kedua, satu batu loncatan untuk parti-parti siasah memenangi banyak kerusi. Kemestian yang seringkali berlaku ini mula terjejas kerana, Kerajaan negeri seperti di Selangor sudah menetapkan pendirian hanya akan membubarkan DUN selepas mandat yang diberikan masuk tahun ke-empat. Iaitu selepas Mac 2012.
Di atas ini adalah antara beberapa masalah yang sedang diutarakan oleh banyak pihak sama ada pihak berkecuali atau pun pembangkang. Tetapi, mereka ada persamaan, mereka tidak suka kerajaan. Tapi, apa-apa pun.. sama-sama lah kita melihat perkembangannya.
Salam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan