Subscribe:

Ads 468x60px

`

Jumaat, 19 Mac 2010

Blok Bebas Dewan Rakyat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.
Selamat melayari blog ini.

Photobucket

Baru-baru ini Dewan Rakyat digemparkan dengan beberapa kenyataan-kenyataan 'panas' oleh bekas wakil rakyat PKR, YB Dato Seri Zahrain Mohamed Hashim. Keadaan panas tersebut berlarutan sehingga Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim keluar meninggalkan sidang dewan. Tindakan keluar parti oleh wakil-wakil rakyat PKR baru-baru ini menyebabkan kerusi PKR di Dewan Rakyat menyusut kepada 26 orang sahaja. Bilangan ahli BEBAS di Dewan Rakyat pula bertambah kepada 7 orang dan membolehkan mereka digolongkan dalam blok mereka sendiri iaitu Blok Bebas.


Wakil Rakyat


Secara umumnya, setiap wakil rakyat bertanding atas nama sesebuah parti dan mereka merupakan pendokong kepada asas perjuangan parti. Apabila pilihanraya, setiap parti akan mempertandingkan ahli parti mereka sebagai wakil mereka di parlimen. Jika parti tersebut mendapat cukup majoriti di Parlimen, ia membolehkan mereka membentuk kerajaan. Dan mereka boleh meminda perlembagaan negara bila-bila masa jika mereka mendapat mandat 2/3 di dewan rakyat. Namun, perlu diingat bahawa wakil rakyat sesebuah parti adalah terikat dengan ideologi parti. Perjuangan mereka perlulah selaras dengan ideologi parti yang diwakilinya. Maka, tanggungjawab mereka pikul adalah besar. Pendokong ideologi parti dan pada masa yang sama, mendapat mandat daripada rakyat.

Bagaimana pula dengan Wakil Rakyat BEBAS?

Satu kelebihan yang ada pada wakil rakyat bebas adalah, mereka hanya pendokong mandat rakyat. Mereka tidak terikat dengan mana-mana ideologi parti dan mereka bebas untuk mengutarakan pelbagai pendapat. Maka, tidak ganjil jika kita mendengar pelbagai kenyataan daripada YB Dato Seri Zahrain memandangkan beliau sekarang adalah wakil bebas. Tiada sebarang tindakan disiplin parti yang akan dikenakan terhadap beliau atas kenyataan-kenyataan yang telah diberikan. Namun, adalah jarang untuk wakil rakyat bebas untuk menang pada pilihanraya kecuali jika mereka ini ada persona sendiri yang membolehkan mereka mendapat keyakinan daripada rakyat. Oleh itu, mereka ini perlulah membuktikan yang mereka ini berjuang demi rakyat dan bukan hanya untuk kepentingan peribadi.

Sama ada mampu atau tidak, itu terserah kepada rakyat untuk menilai. Ada yang menyokong tindakan mereka ini keluar PR namun tidak sedikit juga mereka yang menentang ahli-ahli BEBAS ini. Di pihak kerajaan, ini adalah bukti kelemahan PR... Di pihak PR pula, mereka ini sudah dibeli oleh UMNO... Masing-masing ada pandangan masing-masing dan persoalannya sekarang, ketika pilihanraya mereka bertanding sebagai wakil PR, jadi apabila mereka menjadi wakil BEBAS...

"Mampukah ahli BEBAS ini berada di arena politik ketika Pilihanraya Umum ke-13?"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails