Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua
Bagaimana ia bermula
Kadang-kala memang tidak difahami bagaimana di dalam bulan yang mulia ini, iaitu Bulan Ramadhan, manusia masih lagi bermaharajalela melakukan jenayah dan kejahatan. Bagi Mohd Rafee pula, pukul 1 pagi, 8 April 2011 merubah segala-galanya. Pada waktu itu, mangsa sedang duduk di tempat duduk belakang kereta sementara menunggu rakannya yang ingin menggunakan tandas awam. Lokasi kejadian adalah di tandas awam berhampiran Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut. Sedang dia menunggu, tiba-tiba pintu sebelah pemandu dibuka oleh seorang lelaki tidak dikenali dan menyimbah cecair yang dipercayai asid kepadanya. Rintihannya disebabkan oleh kesakitan tersebut didengari oleh rakannya dan bertindak menyimbah air untuk meringankan kesan asid tersebut.
Reaksi
Sebelum dan selepas insiden
Bapa mangsa, Abd Latiff Kassim berumur 61 tahun meluahkan rasa sedih ke atas nasib yang menimpa anak ketiganya itu, yang pada masa yang sama masih bujang. Rata-rata reaksi ramai terhadap kejadian tersebut mengutuk sekeras-kerasnya kejadian tersebut. Apatah lagi dalam keadaan di mana rawatan untuk mangsa simbahan asid ini mengambil masa yang panjang dan belanja yang besar, ditambah pula kesengsaraan dan kecacatan kekal sepanjang hayat. Dan semua itu memang tidak berbaloi kerana, jika pesalah ditangkap dan dibicarakan, hukuman mereka jika mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan hanya akan dikenakan hukuman 3 tahun penjara atau denda RM1,000 sahaja.
Beberapa tokoh politik menyarankan untuk meletakkan hukuman yang lebih berat kepada pesalah, menambah jumlah pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di tempat-tempat awam, termasuk juga peraturan penjualan asid diperketatkan. Sementara bagi orang awam pula yang rata-rata meluahkan perasaan di laman sesawang Facebook menyatakan bahawa mereka mahu hukuman Qisas, iaitu pembalasan dikenakan terhadap pesalah, iaitu perlu disimbah asid juga. Ia adalah satu hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah dibuat. Di samping itu, tabung amanah juga telah ditubuhkan untuk mengumpul dana dan sumbangan orang ramai untuk membiayai kos perubatan Rafee tersebut.
Semoga keadilan dapat ditegakkan kepada mereka yang teraniaya.
Sekian untuk waktu ini.
Salam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan