Subscribe:

Ads 468x60px

`

Khamis, 11 Ogos 2011

Nasib Asyraf di Kota London

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Photobucket

London, antara kota metropolitan terbaik dunia mengalami rusuhan terburuk dalam sejarahnya yang sekarang ini memasuki hari kelima semalam. Kerajaan Britain pimpinan David Cameron masih lagi berusaha untuk memulihkan keadaan. Sementara Polis Britain seramai 16,000 telah ditempatkan berkawal di seluruh bandar. Namun, keadaan juga lebih malang apabila seorang pelajar Malaysia tajaan MARA di London, Mohd Asyraf Haziq, 20, yang menjadi mangsa rusuhan di London. Video kejadian telah dirakam dan semenjak itu, ia telah menjadi simbol mangsa keganasan rusuhan di London.


Dugaan di Bulan Ramadhan

Asyraf dalam perjalanan untuk mendapatkan makanan untuk berbuka puasa. Dan pada petang tersebut, takdir menentukan yang Asyraf berada di tempat yang salah dan pada masa yang salah. Sekumpulan perusuh yang terdiri daripada hampir 50 orang menyerangnya. Dalam serangan tersebut, Asyraf mengalami kecederaan di bahagian rahang dan barang-barang peribadinya iaitu beg duit, basikal dan telefon bimbit telah dicuri. Apa yang lebih menyedihkan adalah sifat mereka yang mengambil kesempatan atas kecederaan orang lain, berpura-pura untuk menolong kemudian membuka zip beg dan mencuri lagi.


Kejadian yang menimpa Asyraf di Barking Station, East London itu menyebabkannya dikejarkan ke hospital untuk pembedahan di Royal London Hospital di Chelsea. Ia sememangnya satu kejutan kepada Asyraf kerana tragedi ini berlaku hanya selepas sebulan ketibaannya di London, dan apatah lagi ketika berpuasa di bulan Ramadhan.


Simbol Mangsa Rusuhan

Nama Asyraf terus terkenal dalam satu malam selepas serangan tersebut, dengan video nya telah dimuat turun di laman Youtube dan berita tentangnya terpapar di media-media arus perdana baik di Malaysia, United Kingdom, mahupun di seluruh dunia. Rata-rata bersimpati dengan nasib yang menimpa Asyraf apatah lagi dengan mereka mengutuk tindakan kumpulan tersebut yang mengambil kesempatan ke atas Asyraf.

Photobucket

Mereka yang bersimpati juga mengambil inisiatif untuk membantu Asyraf termasuk juga menggantikan barang-barangnya yang hilang. Apa-apa pun, dalam keadaan imej London yang tercemar teruk dengan tradegi rusuhan ini, ramai di antara mereka masih cuba untuk membuktikan pada dunia, bahawa mereka bukanlah golongan pengganas tersebut tetapi adalah bangsa yang bertamadun. Semoga Asyraf cepat sembuh dan sang penjenayah mendapat balasan setimpal dengan jenayahnya.

Sekian sahaja untuk waktu ini.
Salam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails