
Pada 28 April 2012 yang lepas, negara kita telah menyaksikan akan demonstrasi jalanan BERSIH edisi yang ketiga, sama dengan namanya iaitu BERSIH 3.0. Gerakan ini begitu tegar untuk memperjuangkan Sistem Pilihanraya yang bersih di negara Malaysia ini. Satu gerakan yang boleh dipuji kerana mempunyai niat yang begitu murni. Tetapi di sebalik niat yang murni ini, ada satu sisi gelap yang ibarat menceritakan agenda di sebalik demonstrasi ini. Apatah lagi mereka ini begitu tegar membuat demonstrasi jalanan semenjak BERSIH, BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 menyaksikan selang masa yang begitu singkat. Adakah benar mereka memperjuangkan pilihanraya yang bersih atau ada benda yang mereka cuba perjuangkan di sebalik nama BERSIH? Cuba lihat gambar di bawah ini.

Ya, poster BERSIH yang disertakan sekali dengan gambar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Namun apa yang dimusykilkan adalah perkataan di dalam kotak putih. Ya, perkataannya adalah REPUBLIK.

Jika perkara ini benar, sudah tiba masa untuk mereka yang menyokong Sistem Beraja bangkit untuk mempertahankan sistem beraja di Malaysia ini dari dijatuhkan daripada pihak republikan. Ingatlah, sudah ada pesanan daripada orang-orang tua di zaman dahulu iaitu, janganlah ada niat tidak baik kepada raja sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan