Subscribe:

Ads 468x60px

`

Sabtu, 9 Februari 2013

Malaysia : 13 Negeri atau 4 Negara? (No.4)

Kembali lagi kita di dalam tajuk perbincangan Malaysia : 13 Negeri atau 4 Negara? di dalam isu kita yang keempat. Di dalam tajuk ini, penulis akan menghuraikan secara ringkas akan status Malaysia terdiri daripada 13 Negeri ataupun 4 Negara? Di dalam isu yang ketiga, penulis ada membincangkan tentang isi kandungan Pengumuman Hari Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 16 September 1963. Dalam pengumuman tersebut ada disebutkan akan suatu perjanjian yang telah ditandatangani di antara United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Borneo Utara yang menjadi asas kepada penubuhan Malaysia. Apakah perjanjian tersebut?

Perjanjian tersebut dikenali sebagai Malaysia Agreement yang ditandatangani pada 9 Julai 1963. Isi perjanjian tersebut boleh dilayari dari link yang tertera di bawah.


Baiklah, di dalam isu ini, penulis akan menghuraikan akan status Malaysia sama ada ia terdiri daripada 4 Negara atau 13 Negeri? Ianya secara jelas tertulis di dalam Perkara I perjanjian tersebut yang berbunyi :-

Tanah2 Jajahan Borneo Utara dan Sarawak dan Negeri Singapura
hendak-lah di-sekutukan dengan Negeri2 Persekutuan Tanah Melayu yang
ada sekarang sa-bagai Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura
mengikut surat2 perlembagaan yang di-kembarkan kapada Perjanjian ini
dan Persekutuan itu kemudian daripada itu hendak-lah di-namakan
« Malaysia ».

Baiklah mengikut perkara di atas, ia secara jelas menunjukkan bahawa,
Yang Pertama : Sabah, Sarawak dan Singapura selepas perbentukan Malaysia dikenali sebagai "NEGERI" dan bukannya "NEGARA", dan dikenali sebagai STATE di dalam versi Bahasa Inggeris. 

Yang kedua adalah : Sabah, Sarawak dan Singapura bukannya bersekutu dengan Persekutuan Tanah Melayu tetapi bersekutu dengan "Negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu".

Jadi, di dalam Perjanjian di atas jelas menunjukkan selepas Hari Malaysia 1963, Malaysia adalah terdiri daripada 14 Negeri. Namun ianya berkurangan menjadi 13 selepas Negeri Singapura disingkirkan daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965. Walaupun Sabah, Sarawak dan Singapura dikenali dengan nama Negeri, ianya tetap mempunyai perbezaan kuasa dengan Negeri-Negeri Tanah Melayu yang kita namakan sebagai Kuasa Autonomi. 

Insya-Allah kita akan bincangkan Kuasa Autonomi akan Sabah, Sarawak dan Singapura ini di dalam isu yang akan datang.

2 ulasan:

  1. Bodoh..kau tau apa itu pengabungan?tujuan asal pengabungan?pembentukkan m'sia?kalau xtau xpayah kau nak ulas,bodoh.

    BalasPadam
  2. Sama ada tujuan asal ataupun tidak.. sudah tertulis.. sudah jelas.. sudah bersuluh yang..

    "Sarawak, Sabah dan Singapura bersekutu dengan 11 Negeri Persekutuan Tanah Melayu dan bukannya dengan Tanah Melayu itu sendiri"

    Siapa yang tak baca sejarah?? Aku cabar kau, buktikan kepada aku apa bukti Sarawak itu adalah NEGARA dalam Malaysia? Sarawak dan Sabah itu NEGERI.

    Sekian Terima Kasih

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails