Subscribe:

Ads 468x60px

`

Sabtu, 5 November 2011

PPSMI ; Keputusan Muktamad

Photobucket

Pertama sekali, tahniah diucapkan kepada ketegasan Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Dengan pemansuhan tersebut, pembelajaran Sains dan Matematik akan diajar sepenuhnya dalam Bahasa Melayu di Sekolah Rendah pada tahun 2016 dan di Sekolah Menengah pada tahun 2021. Ini adalah keputusan yang ditunggu-tunggu oleh ramai rakyat Malaysia terutamanya apabila melihatkan tiada manfaat yang diperolehi daripada pelaksanaan PPSMI tersebut.



Pastinya ramai pihak yang tidak berpuas hati akan pemansuhan PPSMI tersebut. Pernah disebut oleh Tun Dr Mahathir bahawa kebanyakan respon yang didapati di blognya bahawa, ibubapa tidak menyokong pemansuhan PPSMI. Kenapa? Ramai yang menganggap bahawa pemansuhan tersebut akan menyebabkan pelajar-pelajar tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, satu bahasa yang dikatakan 'penting' di zaman yang serba moden ini. Dan ini akan membawa kepada kerugian dan menyebabkan pelajar itu tidak berdaya saing di pasaran kerja. Benarkah?

Photobucket

Sebagai seorang Jurutera, penulis mengakui akan kepentingan Bahasa Inggeris di zaman yang serba mencabar ini. Tetapi penulis tidak sama sekali akan menerima sebarang keputusan untuk menukar pembelajaran dalam Bahasa Melayu kepada bahasa lain hanya sekadar alasan untuk meningkatkan daya saing, kerana di dalam situasi di Malaysia, itu bukan persoalan utama. Berikut adalah beberapa sebab :-
  • PPSMI tidak membantu meningkatkan daya saing - Percaya atau tidak, ia adalah benar. Untuk menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, seseorang itu perlu belajar 'berkomunikasi' dalam Bahasa Inggeris, dan bukannya belajar Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik. Sesebuah bangsa itu akan lebih berdaya saing jika diajar dengan bahasa ibunda masing-masing. Kemudian dengan inisiatif masing-masing, mempelajari ilmu tambahan apabila berada di alam kerjaya. Itulah yang menjadi resipi kejayaan ramai professional di Malaysia. Tidak percaya? Cuba anda lihat sendiri, berapa ramai anak-anak yang dibesarkan dengan diajar dalam Bahasa Inggeris dan dengan yang diajar dalam Bahasa Melayu yang berjaya di alam pekerjaan.
  • Negara maju dengan bahasa sendiri, bukan bahasa asing - Ini adalah satu lagi kenyataan yang ramai orang tidak mahu mengaku, tetapi sekali lagi benar. Berapa banyak negara yang maju dengan menggunakan bahasa sendiri kalau dibandingkan dengan bahasa asing? Britain, Perancis, Jerman, Netherland, Belgium, Jepun, Korea, China dan banyak lagi negara yang berjaya menjadi negara maju dengan menggunakan bahasa kebangsaan masing-masing. Tidak percaya? Cuba lihat sendiri, berapa banyak negara yang menjadi maju dengan mengabaikan bahasa ibunda mereka?
  • PPSMI adalah percubaan untuk menyingkirkan Bahasa Melayu - Ini adalah suatu perkara yang sensitif, tetapi berlaku di Malaysia. Ramai rakyat Malaysia enggan berbahasa dalam bahasa kebangsaan tetapi mengaku sebagai Bangsa Malaysia. Mereka lebih tegar untuk berbahasa dalam bahasa inggeris. Memang tidak patut. Penulis hanya akan mengakui seseorang itu sebagai Bangsa Malaysia jika mereka boleh berbahasa dengan fasih dalam Bahasa Melayu.
Itu antara beberapa pendapat penulis dalam hal PPSMI ini. Penulis telah membuat kajian, dan penulis berpendapat bahawa Pengajaran Sains dan Matematik perlulah diajar dalam Bahasa Melayu. Jika anda hendak belajar dalam Bahasa Inggeris, belajar sendiri.

Salam

1 ulasan:

  1. Subjek yang dihadapi di peringkat IPTA semua dalam bahasa Inggeris.Suatu kesukaran bagi pelajar apabila belajar Prinsip Akaun dalam Bahsa melayu diperingkat sekolah menengah tetapi bertukar kepada bahasa inggeris di IPTA.Ini membuatkan ramai peljar termasuk saya sendiri untuk 'score' subjek itu.Jadi,bg saya wajar (PPSMI).Atau di IPTA bahasa melayu dijadikan medium pembelajaran.Mohon pendapat.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails