Beberapa hari kebelakangan ini, penulis ada terbaca satu berita di dalam surat khabar arus perdana, mengenai seorang pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran ke Ireland, namun kemudian menghilangkan diri tanpa khabar berita. Berita tersebut pada mulanya penulis tidak ambil kisah. Kerana, mungkin kehilangan itu adalah di atas terputus hubungan atau pun perselisihan keluarga. Ini kerana, pelajar tersebut memang telah disahkan berada di Ireland secara sah. Dengan lain perkataan, menetap di Ireland tetapi terputus hubungan dengan keluarganya. Dan itulah yang menjadi tanda tanya, jika dia berada di Ireland, kenapa enggan berhubung dengan kedua ibu bapanya di Malaysia?
Rupa-rupanya, jawapan tersebut amat-amatlah mengejutkan. Patutlah dia menghilangkan diri tanpa khabar berita. Gambar ini menjawab segala-galanya.
Dia telah pun berkahwin dengan seorang lelaki di sebuah gereja di Dublin, Ireland. Dengan lain perkataan, bapanya telah mendapat menantu lelaki dari anak lelakinya! Jawapan yang amat mengejutkan dan amat sensitif untuk dibincangkan secara terbuka terutamanya mengenai isu homoseksual. Memang tidak perlu dinafikan lagi asal-usulnya kerana secara jelas tiada seorang pun lelaki di dunia ini yang mahu mengenakan baju melayu siap bertanjak dan bersamping selain daripada orang Melayu sendiri.
Jadi, bagi penulis.. perkara ini telah berlaku dan apa yang akan berlaku seterusnya terserah kepada keluarga pelajar tajaan Petronas tersebut. Apa yang perlu difikirkan sekarang adalah bagaimana untuk kita mengelakkan perkara ini daripada terus berulang. Memang tidak dinafikan ramai sebenarnya rakyat Malaysia beragama Islam berkahwin sesama jenis di luar negara, dan jumlah ini terus meningkat dari hari ke hari. Memang Allah S.W.T itu Maha Berkuasa dan Maha Pengampun, dan akan mengampunkan semua dosa yang kita lakukan kecuali syirik kepada Allah.
Apa yang pasti, keluarga pelajar tersebut sekarang ini berhadapan dengan saman daripada pihak Petronas yang menuntut bayaran balik pinjaman kewangannya yang berjumlah RM890,000. Apa yang akan berlaku? Sama-sama kita doakan agar pelajar tersebut kembali ke pangkal jalan.
Salam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan