Subscribe:

Ads 468x60px

`

Isnin, 9 Januari 2012

Keputusan perbicaraan Anwar

Photobucket

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. 9 Januari 2012 merupakan hari penentuan kepada kes Anwar Ibrahim atas pertuduhan liwat terhadap Saiful Bukhari. Dan di dalam kes ini, Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah terhadap segala pertuduhan meliwat Saiful Bukhari di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di antara 3.10 petang hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Dan, pada hari ini mahkamah mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim tidak bersalah atas tuduhan kes liwat Saiful Bukhari. Memandangkan ianya telah diputuskan oleh mahkamah, tiada apa yang boleh dilakukan melainkan menerima kes tersebut dengan hati terbuka. Di bawah ini adalah perhimpunan 901 yang dianjurkan untuk memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim.


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Apakah signifikasi peristiwa pembebasan Anwar kepada politik Malaysia secara amnya dan Pakatan Rakyat secara khususnya?
Sama-sama kita saksikan selepas ini apa yang bakal menyusul.

Salam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails