Heboh medan lama sesawang akan berita ini dah pastinya sudah tidak asing lagi. Ianya bermula apabila mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor melabelkan ulama terkenal tanah air dan juga Menteri Besar Kelantan yang sedang mentadbir, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai 'father of kafir' atau dalam Bahasa Melayunya adalah 'Bapa segala Kafir'. Dan kemudian laporan ini telah dimuatkan ke dalam dada akhbar New Straits Times di muka 6. Secara jelas perkara ini lahir disebabkan oleh perbezaan pandangan dan aliran politik. Terutama sekali dengan seorang Ulama yang memegang jawatan Mursyidul Am Parti Islam se-Malaysia (PAS), pastinya mereka yang berbeza aliran politik dengan PAS tidak akan menerima atau teruk, membangkang aliran politik masing-masing. Namun, jika kita ketepikan pandangan politik dan memikirkan perkara ini dari segi akhlak seorang Islam, adakah ini perlu?
Pertama sekali, secara jelas ianya adalah bertentangan dengan jatidiri yang perlu ada dalam diri seorang Islam. Di mana, seorang Islam itu perlulah, "Memuliakan Alim Ulama', menghormati orang yang lebih tua, dan menyayangi kanak-kanak". Jadi, jika kita fikirkan dari segala sudut, Tuan Guru adalah orang yang sudah berusia dan juga seorang Ulama. Sebagai seorang Islam, kita perlu memuliakannya sebagai seorang Ulama, dan menghormatinya sebagai seorang yang lebih dewasa. Golongan Alim Ulama ini adalah pewaris para nabi. Apatah lagi Alim Ulama ini telah mewakafkan dirinya untuk mempelajari Ilmu dan mengajarkannya kepada umum. Ini adalah satu tanggungjawab yang sangat besar. Jadi, sebagai seorang Islam, walau bagaimanapun anda berbeza pandangan politik, muliakanlah Alim Ulama. Perbezaan politik bukanlah alasan untuk membenarkan segala macam tuduhan dilemparkan kepada pihak lawan apatah lagi ianya melibatkan seseorang yang bertaraf Ulama.
Jika kita berbicara mengenai perbezaan politik, adalah mustahil di dalam sebuah institusi pentadbiran untuk kita mendapat sokongan kesemua ahli. Pasti akan ada perbezaan idea dan pendekatan untuk melaksanakan sesuatu dasar. Jadi, atas dasar perbezaan inilah munculnya UMNO dan PAS. Adakah ini ancaman antara satu sama lain? Sepatutnya ianya adalah satu platform untuk membangunkan negara ke satu tahap yang lebih tinggi. Kerana, melalui perbezaanlah sebenarnya kita akan dapat melihat adakah dasar yang diamalkan berkesan atau sebaliknya. Dan, memang dipersetujui yang ada satu peringkat di mana kedua-dua pendapat ini akan bertembung dan menyebabkan mereka bermusuh antara satu sama lain. Di sinilah anda perlu ada satu kawalan diri. Jika ianya melibatkan golongan alim ulama, penulis nasihatkan sekali lagi.. muliakanlah mereka dan jangan menghina.
Penulis sendiri juga amat pelik jika ada pihak di luar sana yang sanggup menghina golongan alim ulama hanya semata-mata berbeza perjuangan politik. Penulis mengakui, penulis bukanlah penyokong PAS, namun bersikap mesra kepada mana-mana kerajaan yang memerintah. (PAS adalah parti pemerintah di Kelantan). Banyak yang penulis secara peribadi dengar akan peribadi Tuan Guru, terutama daripada datuk penulis sendiri yang merupakan penyokong PAS. Pernah satu ketika datuk penulis menunjukkan gambarnya bersama dengan Nik Aziz, dan penulis amat terkejut. Mustahil kita boleh datang suka-suka ke rumah Menteri Besar? Namun, apa yang datuk penulis beritahu adalah, tiada masalah untuk sesiapa datang ke rumah Nik Aziz. Dan, memang betul pandangan pertama itu amat penting dalam kita menilai seseorang. Dan sejak itu, walau apa pun yang dikatakan di media akan Nik Aziz, penulis merasakan pastinya ianya sekadar tokok tambah.
Penulis juga yakin yang orang Kelantan sendiri setuju akan kenyataan penulis ini, yang jika seseorang berjumpa dan melihat wajah Tuan Guru, sudah pasti seseorang itu tidak akan terdetik untuk berniat jahat apatah lagi memarahi / mengutuk beliau. Tapi, tak sangka.. ada juga yang berbuat begitu.
PS :: Mengatakan seorang ulama sebagai bapa segala kafir tidak menjadikan kita bapa segala islam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan