Subscribe:

Ads 468x60px

`

Jumaat, 24 Februari 2012

Kerajaan Kedah ; Bergolak?


Kerajaan Kedah yang sekarang ini diperintah oleh Pakatan Rakyat dengan majoriti perwakilan adalah dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Maka, Menteri Besarnya juga dipilih daripada PAS iaitu Datuk Seri Azizan Abd Razak. Bukan sahaja Kedah, Pakatan Rakyat juga sekarang ini memegang kuasa di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. Hari ini, kebanyakan ruang di media massa penuh dengan berita akan negeri-negeri ini. Namun, di antara semua isu ini, Penulis amat tertarik untuk mengikuti perkembangan akan negeri di utara, Kedah Darul Aman. Persoalan menarik untuk dijawab, adakah Kerajaan Negeri Kedah bergolak?


Bagi negeri Kedah Darul Aman, Kerajaan negeri melaksanakan rombakan barisan Exconya setahun sekali. Namun, pada rombakan kali ini, 4 orang Exco dikatakan enggan hadir pada majlis perlantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 28 Februari ini. Exco yang dimaksudkan adalah Datuk Phahrolrazi Zawawi, Dr. Ismail Salleh, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib dan seorang lagi Exco yang tidak didedahkan identitinya. Punca kepada keadaan ini dikatakan berpunca daripada bantahan kepada gaya pentadbiran Azizan yang dikatakan tidak efisyen. Dengan lain perkataan, mereka mahu mendesak agar Azizan meletakkan jawatan, tidak bertanding dalam pilihanraya dan tidak akan dilantik sebagai Menteri Besar jika Pakatan Rakyat terus memerintah Kedah.


Terlalu awal untuk kita bertanya "adakah dakwaan ini benar?". Pertama sekali, kita kena melihat dahulu apakah tindakan yang dilakukan oleh Exco-Exco tersebut. Buat masa sekarang, Exco-exco tersebut tidak menafikan, dan tidak juga mengiyakan. Dengan lain perkataan, mereka juga mungkin tidak tahu menahu akan hal ini. Atau mereka mungkin tahu, tapi mengambil pendirian untuk mendiamkan diri. Bagi Datuk Phahrolrazi, jawapannya adalah "Bagi buah masak cukup dahulu, baru boleh buat kenyataan". Sementara bagi Dr. Ismail pula, jawapannya adalah, "Tanya MB (Menteri Besar), beliau tahulah kot. Saya tidak tahu apa-apa, jadi tak mahu kata apa-apa lagi."


Bagi Menteri Besar Kedah pula, Datuk Seri Azizan membayangkan akan ada kejutan yang akan dibuat, namun meminta semua pihak menunggu sehingga hari majlis pelantikan berkenaan untuk mengetahuinya. Datuk Seri Azizan menyatakan beliau hairan kenapa spekulasi tersebut timbul dalam keadaan surat tawaran kepada setiap Exco yang dilantik belum dihantar. "Surat tawaran kepada setiap Exco belum dihantar lagi, bagaimana spekulasi seperti itu boleh timbul," katanya. Bagi Presiden PAS pula, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa isu perlantikan Exco Negeri adalah di bawah bidang kuasa Azizan sebagai Menteri Besar.

Penulis cuba untuk membandingkan berita daripada media pro-Barisan Nasional dan juga media pro-Pakatan Rakyat, melalui berita Utusan Harian dan juga Harakah. Namun, kebanyakan isu Harakah pada waktu ini bertumpu akan isu Himpunan Hijau 2.0 yang akan diadakan pada 26 Februari ini. Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku pada 26 dan 28 Februari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails