Subscribe:

Ads 468x60px

`

Khamis, 26 Januari 2012

Ulang tahun pertama Revolusi Mesir


Semalam, penduduk Mesir menyambut ulang tahun pertama Revolusi Mesir di Dataran Tahrir. Revolusi Mesir tercetus pada 25 Januari 2011 untuk menggulingkan kepimpinan Hosni Mubarak, diinspirasikan daripada Revolusi Jasmin di negara jirannya iaitu Tunisia. Pada masa itu, rakyat Mesir bangkit mengadakan bantahan di jalan raya mendesak perubahan demokrasi dan penyingkiran Mubarak. Pada tarikh tersebut juga, pemerintahan junta tentera di Mesir merancang untuk mengadakan sambutan besar-besaran dan aktivis pula berikrar untuk menghidupkan semula revolusi yang masih belum selesai. Sejauh manakah kejayaan Revolusi Mesir ini?



Revolusi ini pada dasarnya tidak dikategorikan sebagai gagal kerana ada beberapa permintaan daripada penunjuk perasaan yang telah pun dipenuhi. Contohnya seperti penggulingan Hosni Mubarak dan Pembubaran Parlimen. Namun, terdapat beberapa juga permintaan yang masih lagi belum ditunaikan contohnya seperti penghapusan Pengisytiharan Darurat. Undang-undang yang masih berkuatkuasa di Mesir semenjak tragedi pembunuhan Anwar Sadat pada tahun 1981. Secara rasminya, Revolusi Mesir ini masih lagi berlangsung. Selepas penggulingan Hosni Mubarak, pemerintahan Mesir diambil alih oleh tentera Mesir. Pemerintah Tentera Mesir iaitu Mohamed Hussein Tantawi mengambil alih teraju pemerintahan negara. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa, pemerintahan di bawah tentera hanya menyaksikan keadaan menjadi bertambah teruk.

Photobucket
Mohamed Hussein Tantawi

Ketidakpuasan hati terhadap perubahan perlahan yang dilakukan oleh pihak tentera telah menyebabkan satu perhimpunan diadakan pada 19 November 2011. Mereka menuntut perubahan pantas dilakukan oleh pihak tentera untuk peralihan kuasa ke kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Tunjuk perasaan tersebut berakhir dengan kematian 33 orang penunjuk perasaan dan 1,500 yang lain cedera. Terdesak dengan keadaan tersebut, Kerajaan Peralihan meletak jawatan dan satu rundingan dilakukan antara pihak tentera dan parti politik dilaksanakan. Dalam perbincangan tersebut, keputusan telah dibuat untuk satu pilihanraya diadakan untuk memilih kerajaan peralihan sementara dan meneruskan Pilihanraya Parlimen sebelum Pilihanraya Presiden diadakan pada Jun 2012.

Photobucket

Pilihanraya Mesir diadakan pada 28 November 2011 dan berlangsung sehingga 11 Januari 2012. Pilihanraya ini menyaksikan kemenangan parti Democratic Alliance for Egypt berfahaman Ikhwanul Muslimin, gabungan daripada 5 parti yang diketuai oleh Freedom & Justice Party. Parti tersebut memenangi 228 kerusi daripada 508 kerusi yang dipertandingkan. Namun, buat masa ini masih belum ada lagi Perdana Menteri yang dilantik daripada pilihanraya ini kerana tiada parti yang mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan di Parlimen.

Photobucket
Saad al-Katatni, pemimpin parti Freedom and Justice yang memimpin Barisan Democratic Alliance. Barisan ini memenangi paling banyak kerusi, namun tidak cukup untuk membentuk kerajaan sendiri.

Walaupun begitu, keadaan tegang masih lagi berterusan. Dalam usaha untuk meredakan ketegangan selepas rakyat sekali lagi mahu bantahan besar-besaran, Mohamed Hussein Tantawi telah mengumumkan untuk menghapuskan undang-undang darurat. "Saya membuat keputusan menamatkan perintah darurat, di seluruh negara, kecuali dalam memerangi tindakan samseng, bermula pada pagi 25 Januari 2012,” kata Tantawi dalam ucapan yang disiarkan menerusi televisyen. Namun, tindakan ini diklasifikasikan oleh aktivis sebagai sekadar untuk mengaburi mata, mengecam penggunaan perkataan samseng sebagai cara untuk mengaburi mata, mengekalkan kuasa polis membuat tangkapan menurut undang-undang itu.

Mampukah keamanan yang sebenar dinikmati oleh rakyat Mesir? Tercapaikah impian mereka untuk menubuhkan satu negara demokrasi di Mesir? Hanya masa yang menentukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails