Adam Adli, 21 didapati bersalah atas 2 pertuduhan :-
- bersabit tindakannya menurunkan bendera tertera gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu demonstrasi haram 17 Disember lalu.
- bersalah kerana tindakan menyertai satu lagi demonstrasi di hadapan bangunan universiti tersebut pada malam sambutan tahun baru 2012
Keputusan itu dibuat sebulat suara lima ahli Jawatankuasa Tatatertib UPSI yang dipengerusikan Naib Canselornya, Datuk Dr. Zakaria Kasa selepas mendengar perbicaraan kes hampir sejam bermula pukul 3.30 petang. Jawatankuasa itu membuat ketetapan bahawa tindakan Adam Adli telah merosakkan atau memudaratkan kepentingan, kesejahteraan atau nama baik universiti, pelajar dan kakitangan universiti dan ketenteraman atau keselamatan awam, moral, kesopanan atau tatatertib. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UPSI, Datuk Paduka Dr. Junaidi Abu Bakar berkata, Adam Adli disabitkan bersalah di bawah kaedah 3 (a)(i) dan (ii), Bahagian II, Tatatertib Am, Kaedah-kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1999.
Sementara itu, Adam Adli, pelajar semester lima dalam bidang Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dalam sidang akhbar selepas perbicaraan itu berkata, dia tidak akan membuat rayuan atas hukuman tersebut. Sebaliknya, pelajar dari Seberang Prai, Pulau Pinang itu berkata, dia akan mencabar keputusan kes tersebut dengan memfailkan kes di mahkamah awam tidak lama lagi.
Bicara Penulis : Tukuk takal balik pintu, budak nakal memang begitu~~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan