Subscribe:

Ads 468x60px

`

Sabtu, 10 April 2010

Demokrasi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.
Selamat Melayari blog ini.

Secara umumnya kita semua memang sudah sedia maklum akan sistem demokrasi yang menjadi tunjang kepada sistem pemerintahan negara kita semenjak merdeka. Demokrasi merupakan sistem pemerintahan yang dipilih oleh rakyat, dengan kata lain, "Suara Majoriti". Sistem ini merupakan sistem yang paling mendapat sambutan di dunia dan sekarang, hampir kesemua negara di dunia mengamalkan sistem ini. Namun, walaupun negara kita sudah lebih 50 tahun mengamalkan sistem demokrasi ini, berapa ramai di antara kita yang memahami konsep demokrasi ini? Mari sama-sama kita rungkai pengertian demokrasi pada isu minggu ini.

Rabu, 7 April 2010

Antara APCO dan Politik Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.
Selamat Melayari Blog ini.

Isu antarabangsa terutama melibatkan Israel sememangnya amat sensitif di kalangan rakyat Malaysia yang beragama Islam. Maka, sudah tentulah apa-apa perkara antara organisasi-organisasi di Malaysia yang ada kena mengena dengan Israel sudah tentulah akan ada seruan untuk memboikot dan menolaknya sama sekali. Itulah suatu hakikat yang nyata, terang lagi bersuluh. Baru-baru ini negara kita dikejutkan sekali lagi dengan kenyataan ketua Pembangkang di Parlimen, Dato Seri Anwar Ibrahim mengenai slogan 1Malaysia yang dilaungkan oleh Dato Seri Najib Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Photobucket

Penulis sememangnya amat berminat dengan perkembangan politik di Malaysia namun tidak akan sekali-kali menerima bulat-bulat kenyataan mana-mana ahli politik. Oleh itu, penulis membuat kajian mengenai syarikat Apco. Benarkah konsep 1Malaysia ditaja oleh mereka? Benarkah mereka pro-yahudi? benarkah 1Malaysia dicedok dari 1Israel?

Ahad, 4 April 2010

1 tahun sebagai Perdana Menteri

Perdana Menteri Malaysia

3 April 2010, genap sudah tempoh 1 tahun Dato Seri Najib memegang tampuk pentadbiran sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6. Dato Seri Najib yang juga merupakan anak kepada Perdana Menteri Malaysia yang kedua mewarisi kedudukan sebagai Ketua Kerajaan Malaysia apabila Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah Ahmad Badwi meletak jawatan. Dan semenjak dari itu, Dato Najib tanpa mengenal penat lelah telah berjaya meletakkan negara ke landasan yang stabil melalui konsepnya, 1 Malaysia. Antara perubahan yang berjaya beliau laksanakan adalah dari segi kestabilan politik, perkembangan ekonomi dan keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional.

Khamis, 1 April 2010

DUN Perak kecoh lagi

Photobucket
Pemangku Sultan Perak, Raja Nazrin Shah ketika merasmikan persidangan DUN Perak

Mac 2008, Pakatan Rakyat terdiri daripada 3 parti, PKR, DAP dan PAS berjaya membentuk kerajaan negeri. Namun, ia bukanlah satu permulaan yang mudah. Dengan majoriti kerusi dipegang oleh DAP yang semua wakilnya beretnik tionghua-Malaysia, ia merupakan satu dilema besar kepada kebanyakan lapisan masyarakat. Siapakah bakal menteri besar perak menggantikan Tajol Rosli? Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah akhirnya memutuskan bahawa Ir Nizar Jamaludin,Pengerusi PAS Perak sebagai Menteri Besar Perak ke-10. DAP pada awalnya membantah keputusan tersebut namun akhirnya menarik balik tuntutannya. Dengan personaliti Ir Nizar yang merupakan keturunan Melayu-Cina dan kebolehannya berbahasa dalam pelbagai bahasa berjaya menarik sokongan rakyat Perak untuk menyokong Kerajaan Pakatan Rakyat.

Isnin, 29 Mac 2010

Chua Soi Lek Presiden MCA, Liow Tiong Lai Timbalan

Photobucket

Pemilihan baru MCA bermula dengan rekod pengundian yang tinggi iaitu sejumlah 2,315 perwakilan. Chua Soi Lek berjaya mendapat mandat daripada perwakilan MCA apabila beliau menang dalam pemilihan presiden. Pertarungan tiga penjuru memperlihatkan yang beliau menang tipis dengan majoriti 68 undi. Pertarungan tida penjuru presiden MCA adalah antara Chua Soi Lek, bekas pemimpin nombor satu MCA, Ong Ka Ting dan juga penyandang jawatan Ong Tee Keat.

Sementara bagi kerusi Timbalan Presiden, Liow Tiong Lai menang tipis dengan majoriti undi 65 undi sahaja. Beliau memperoleh undi sebanyak 1171 undi dan mengetepikan pencabarnya iaitu Kong Cho Ha. Semua yang terpilih akan memegangjawatan sehingga Oktober 2011.


Pilihanraya terdekat
-----------------------

Sebagai sebuah parti politik, sudah tentulah pencapaiannya akan ditentukan di medannya iaitu Pilihanraya. MCA yangsudah pun berusia 60 tahun merupakan sekutu rapat kepada UMNO dan MIC dan antara parti terbesar di dalam BarisanNasional (BN). Pilihanraya Parlimen Hulu Selangor (P94) adalah medan paling baik untuk mengukur keupayaan parti-parti politik. SPR telah mengumumkan bahawa penamaan calon akan dijalankan pada Jumaat ini, 2 April 2010.

P094 mempunyai pengndi seramai 63,593 di mana 54% daripadanya adalah Melayu, 26.7% Cina dan 19% India.

Jumaat, 19 Mac 2010

Blok Bebas Dewan Rakyat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.
Selamat melayari blog ini.

Photobucket

Baru-baru ini Dewan Rakyat digemparkan dengan beberapa kenyataan-kenyataan 'panas' oleh bekas wakil rakyat PKR, YB Dato Seri Zahrain Mohamed Hashim. Keadaan panas tersebut berlarutan sehingga Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim keluar meninggalkan sidang dewan. Tindakan keluar parti oleh wakil-wakil rakyat PKR baru-baru ini menyebabkan kerusi PKR di Dewan Rakyat menyusut kepada 26 orang sahaja. Bilangan ahli BEBAS di Dewan Rakyat pula bertambah kepada 7 orang dan membolehkan mereka digolongkan dalam blok mereka sendiri iaitu Blok Bebas.

Isnin, 15 Mac 2010

Dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.
Selamat melayari blog ini.

Sejak 17 November 2009, blog ini ditulis secara rasmi dalam bahasa Inggeris. Sebabnya mudah, mahu mengembangkan kemahiran mengarang dalam Bahasa Inggeris di samping kebolehan berkomunikasi yang ada sekarang. Radin’s Blog, Radin Blog’s Entertainment dan Radin’s Blog Malaysia Politic semuanya dinukil dalam Bahasa Inggeris. Namun, di sebalik ‘kehangatan’ gelanggang politik Malaysia sekarang, sudah tidak sesuai rasanya untuk terus menulis dalam Bahasa Inggeris.



Photobucket





Faktor Masa


Photobucket

Faktor utama pastilah masa. Cuba bayangkan, dalam keadaan politik Malaysia yang senantiasa hangat, saya perlukan masa hampir 1 jam untuk menulis dalam Bahasa Inggeris (Ejaan, Tatabahasa dan Susunan Ayat). Namun, jika mengarang dalam Bahasa Melayu, tidak sampai 15 minit pun. Gosip-gosip politik Malaysia sememangnya hangat apatah lagi esok merupakan bermulanya Persidangan Parlimen ke-12 sesi ketiga. Sudah pastilah lagi banyak isu yang bakal diperkatakan. Dari hanya seorang ahli parlimen bebas, sekarang ianya bertambah kepada hampir 11 orang sudah pastilah menguatkan lagi Blok Ketiga di dewan rakyat ini. Apatah lagi dilihat dalam konteks isu yang akan dibawa di Dewan Rakyat, ahli bebas ini menjuarai dari segi jumlah isu yang akan dibentangkan di dewan.



Photobucket

Kepada semua Yang Amat Berkhormat, saya ucapkan;

“Selamat Berkhidmat”

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails