Subscribe:

Ads 468x60px

`

Ahad, 10 Julai 2011

Bersih 2.0 ; Antara Bersih 2011 dan Ijtimak Malaysia 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Salam Datang Semua

Photobucket

Seperti yang sudah diwar-warkan, dan seperti yang sudah dicanangkan di seluruh negara, Perhimpunan Bersih 2.0 tetap diadakan semalam pada 9 Julai 2011. Momentum perhimpunan mula meningkat pada pukul 2 petang. Perhimpunan tersebut yang disokong oleh NGO juga mempunyai dokongan kuat daripada parti-parti politik terutamanya daripada Pakatan Rakyat. Walaupun ahli jawatankuasa Bersih 2.0 telah menerima perkenan untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, namun statusnya masih lagi haram dengan tidak menerima permit daripada polis apatah lagi kebenaran untuk mengadakannya di Stadium Merdeka. Dan, perhimpunan ini mendapat tentangan sengit daripada pihak polis yang menyuruh ahli perhimpunan, yang majoritinya beragama Islam, untuk bersurai. Menimbulkan persoalan adakah ini budaya kita?


Kuala Lumpur, Ibukota Larangan

Photobucket

Seawal pukul 7.30 pagi lagi, keseluruhan ibu kota telah dikawal ketat oleh pasukan polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU). Buat pertama kalinya dalam sejarah, Kuala Lumpur bertukar ibarat bandar hantu, dengan peniaga tidak membuka premis mereka dan suasana di jalan raya lengang. Kawalan ketat polis di mana-mana di seluruh bandar. Kesesakan lalu lintas juga berlaku menyebabkan kebanyakan pengguna jalanraya terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas. Dan seperti yang telah diumumkan sebelumnya, Bersih 2.0 bermula tepat pada masanya.

Photobucket

Dianggarkan hampir 20,000 menghadiri demonstrasi tersebut. Antara tempat perkumpulan utama kumpulan tersebut adalah di Menara Maybank dan di Jalan Pudu. Beberapa kumpulan ini kemudian berarak untuk cuba mendekati Stadium Merdeka, namun berjaya dihalang oleh pihak polis. Selepas gagal untuk menyuraikan kumpulan tersebut, polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan kumpulan.

Photobucket

Pada waktu yang sama, selepas Bersih mula mendapatkan momentum, Khairy Jalamaluddin, Ketua Pemuda UMNO memimpin pergerakan Patriot sebagai satu penentangan kepada perhimpunan Bersih. Namun, pergerakan itu tidak disertai dengan Perkasa kerana Perkasa telah mengumumkan untuk tidak menyertai tunjuk perasaan menentang Bersih pada 8 Julai kerana tidak mendapat tempat dan juga permit untuk berhimpun.

Photobucket

Dan pada hari itu, seramai 1,401 orang telah ditahan kerana atas kesalahan berhimpun tanpa permit. Antara yang ditahan adalah Datuk S. Ambiga, Maria Chin Abdullah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar, Dzulkefly Ahmad, Azmin Ali, Tian Chua, Fuziah Salleh, Sivarasa Rasiah, Nurul Izzah dan Ngeh Koo Ham. Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami kecederaan ringan sementara Khalid Samad dimasukkan ke hospital kerana kecederaan di kepala. Turut ditahan adalah Khairy Jamaluddin yang memimpin Patriot.


Di luar negara

Di luar negara pula, perhimpunan Bersih 2.0 telah diadakan di beberapa tempat di Australia dan di New Zealand. Antaranya adalah Melbourne, Sydney, Perth, Canberra dan Adelaide.

Photobucket


Perhimpunan Aman? Fikir Baik-Baik

Di dalam kenyataan, PAS memuji mereka yang hadir kerana telah berjaya mencipta satu rekod baru dalam sejarah Malaysia. Namun, adakah ini yang dikehendaki dalam Islam? Penulis walaupun bersetuju dengan idea perubahan dalam pilihanraya, tidak bersetuju dengan cara berdemonstrasi. Adakah itu yang dikehendaki dalam Islam? Dan sebelumnya, Mat Sabu juga ada menyatakan bahawa, dengan Demonstasi ini, ia akan memberi manfaat kepada orang ramai. Teksi akan dapat banyak pelanggan, banyak gerai akan dibuka oleh peniaga, dan lain-lain.

Sekarang penulis ingin bertanya kepada pembaca, di antara Bersih 2.0 dengan Ijtimak Malaysia 2009, mana satu yang lebih berjaya, aman dan dikehendaki mengikut cara Islam?

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Seperti kenyataan Mat Sabu tadi, penulis tidak nampak keadaan tersebut berlaku di Bersih 2.0, tetapi penulis nampak ianya berlaku di Ijtimak Malaysia 2009. Berpuluh-puluh gerai didirikan dan ratusan teksi bersedia membawa peserta ke tempat perhimpunan di Nilai, Negeri Sembilan. Jadi, Bersih 2.0 dituntut dalam Islam?

Fikir-fikirkanlah sendiri
Salam.

Ijtimak Malaysia dihadiri hampir 200,000 lelaki Islam dari dalam dan luar negara.

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails