Subscribe:

Ads 468x60px

`

Rabu, 6 Julai 2011

Bersih 2.0 ; Drama di bulan 7

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang Semua

Bersih 2.0, pasti kebanyakan daripada kita telah pun mendengar akan nama program ini. Ia adalah satu demontrasi yang akan dijalankan pada hujung minggu ini iaitu pada 9 Julai 2011. Semenjak daripada majlis pelancarannya, Bersih 2.0 telah menjadi topik hangat yang dibicarakan di mana-mana, Media massa, Surat Khabar, Laman Sesawang termasuk juga laman sosial. Memang amat kontroversi sekali Bersih 2.0. Walaupun niatnya baik, iaitu memperjuangkan sistem pilihanraya yang bersih di Malaysia ini, namun medium yang diperjuangkannya melalui demonstrasi jalanan menyebabkan pihak polis enggan mengeluarkan permit bagi perhimpunan tersebut.

Photobucket

Senada dengan pihak polis, kerajaan juga bertekad untuk mengelak perhimpunan tersebut dari diadakan. Penulis juga tidak menyukai cara perjuangan melalui demonstrasi jalanan yang banyak mendatangkan masalah dan ia juga bukan budaya kita.


Demonstrasi, bukan budaya kita?

Memang tidak adil jika kita nyatakan bahawa Demonstrasi bukan budaya kita, kerana ia adalah antara satu elemen yang dibenarkan dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Malah, sejak awal lagi, penubuhan negara kita pada awalnya juga bermula daripada penentangan orang Melayu yang diasaskan oleh UMNO menentang penubuhan Malayan Union pada tahun 1946. Penentangan itu dizahirkan dalam bentuk demonstrasi jalanan. Dan ianya menyebabkan pihak British menukar gagasan Malayan Union kepada Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

Photobucket

Selepas kemerdekaan Malaya pada tahun 1957, dan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, sistem yang sama masih diamalkan di negara ini. Kebebasan bersuara, kebebasan berkumpul dan kebebasan media masih diamalkan dengan meluas. Tapi, hakikat yang perit untuk ditelan adalah, ia menyebabkan rusuhan kaun pada 13 Mei 1969. Jadi, sememangnya ia tidak sesuai diamalkan di Malaysia yang berbilang kaum. Situasi dan peristiwa-peristiwa yang berlaku di beberapa buah negara seperti Tunisia, Mesir, dan Libya menunjukkan yang demonstrasi jalanan adalah serampang dua mata. Boleh menjurus kepada kebaikan, dan ia juga membawa kepada keburukan. Sudah pastinya tiada orang yang mahu negara mereka menjadi huru-hara, tetapi jika dalam demonstrasi, siapa yang boleh menjamin yang kesemua ahli yang hadir tidak akan mencetuskan huru-hara?

Photobucket

Malah, perkara yang sama telah disuarakan dalam titah Yang di-Pertuan Agong yang tidak mahu rakyat bermusuh dengan kerajaan dalam apa jua keadaan. Satu perkara yang harus dipuji kepada pihak penganjur Bersih adalah, kesanggupan mereka untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong dan mentaati titah perintah Yang di-Pertuan Agong untuk tidak berdemonstrasi di jalanan. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib juga telah berkata bahawa adalah baik jika perhimpunan tersebut dijalankan di Stadium. Dan sekali lagi pujian kepada pihak Bersih adalah, mereka telah mengumumkan untuk menukar tempat perhimpunan di Stadium.


Benci menjadi kasihan

Photobucket

Memang pada asalnya penulis membenci perhimpunan ini, tetapi itu semua telah diketepikan selepas pihak Bersih menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk tidak berdemonstrasi di jalanan sebaliknya di stadium. Namun, keadaan nampaknya semakin mencabar bagi pihak Bersih. Walaupun dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong, mereka masih lagi perlu memohon permit polis. Tambahan pula mereka perlu menempah untuk menggunakan stadium, dan untuk perhimpunan ini, mereka bercadang mengadakannya di Stadium Merdeka.

Sehingga sekarang, kelihatan kedua-dua permohonan tersebut masih tidak diluluskan. Maka, melihat keadaan tersebut, perasaan benci penulis telah bertukar kepada kasihan, kerana seolah-olah dianiaya. Itu juga termasuk dengan ruangan facebook rasmi Bersih 2.0 yang sekarang telah diserang besar-besaran oleh pihak Anti-Bersih 2.0. Beberapa perhimpunan Bersih telah pun diadakan di luar negara dengan jayanya. Bagaimana pula Malaysia? Kita lihat sahaja apa kesudahannya.

Photobucket
Bersih di Australia

Sekian sahaja buat masa ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails