Subscribe:

Ads 468x60px

`

Jumaat, 8 Julai 2011

Tebusan Sungai Abong

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat Datang semua

Ketakutan atau pengalaman ngeri untuk sepanjang hayat, mungkin itu adalah apa yang akan menimpa kepada 30 orang pelajar tadika dan 4 orang guru yang berada di Tadika Serikids, Sungai Abong, Muar, Johor. Masakan tidak, di usia yang begitu muda, mereka telah mengalami satu pengalaman ngeri menjadi tebusan kepada seorang lelaki lingkungan 40-an yang bersenjatakan tukul dan parang. Terperangkap selama hampir 7 jam. Bermula dari 9.15 pagi sehingga mereka diselamatkan oleh pihak polis kira-kira pukul 4 petang.


Terperangkap 7 jam

Photobucket

Penulis pada awalnya tidak menyedari akan perkara ini sehinggalah terperasan satu kemaskini status di laman Facebook Channel News Asia. Kebanyakan mereka yang melayari laman sesawang tersebut, menzahirkan rasa risau mereka akan keselamatan 30 orang pelajar dan 4 orang guru yang menjadi tebusan. Dipercayai bahawa suspek yang berusia lingkungan 40-an mengalami masalah kurang siuman dan seorang penagih dadah. Suspek menceroboh ke dalam tadika tersebut melalui pintu belakang. Kisah detik-detik cemas itu telah termuat di dada-dada akhbar.

Suspek dipercayai menceroboh dalam 9.15 pagi melalui pintu belakang tadika. Dia yang bersenjatakan tukul, mengugut hendak mencederakan murid-murid tadika itu jika permintaannya tidak diikuti. Disebabkan tiada di antara 4 orang guru yang berani memukul lelaki tersebut, pengetua pusat jagaan mengumpulkan semua murid-murid dan guru di bilik di tingkat paling atas dan menguncinya dari dalam. Ia menyebabkan suspek tidak dapat mencederakan sesiapa dan hanya berlegar-legar di luar bilik.

Pihak polis menerima laporan kes tersebut kira-kira pukul 10 pagi. Ia adalah hasil aduan daripada ibu bapa yang berasa curiga dengan reaksi pelik yang diterima sebelum ini. Mengesyaki ada perkara yang tidak baik telah berlaku, mereka melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis. Dan sebuah kereta peronda polis telah dihantar ke premis tersebut.

Cubaan untuk berunding dengan suspek telah dilakukan dari pukul 11 pagi sehingga ham 3 petang, namun tidak berjaya. Malah, suspek mengemukakan permintaan tidak logik seperti meminta sepucuk Pistol Automatik. Malah, bapa saudara, kakak serta adik suspek telah dibawa untuk memujuknya tetapi ianya juga sia-sia. Selepas rundingan gagal, Unit Tindakan Khas (UTK) menyerbu masuk kira-kira jam 3.40 petang. Semasa serbuan dilakukan, kerusi-kerusi telah diselerakkan dan alat pemadam api digunakan untuk mengelakkan kemaraan pihak polis. Suspek yang cuba bertindak agresif telah ditembak di bahagian kepala, menyebabkannya mengalami kecederaan parah.

Kesemua tebusan berjaya di selamatkan dan suspek yang cedera telah dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Suspek meninggal dunia kira-kira pukul 9.15 malam.

Sungguh tidak sangka keadaan sekarang ini. Bermacam-macam cara yang tidak masuk akal dilakukan untuk melakukan jenayah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails