Subscribe:

Ads 468x60px

`

Rabu, 13 Julai 2011

Republik Sudan Selatan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Salam Sejahtera Semua

Photobucket

Dunia hari ini menyaksikan penambahan sebuah lagi wilayah yang diisytiharkan sebagai negara yang merdeka dan berdaulat. Selepas krisis peperangan yang berlarutan selama beberapa puluh tahun, akhirnya pada 9 Julai 2011, wilayah Selatan Sudan ini akhirnya mendapat kemerdekaan secara rasmi, menggunakan nama rasminya 'Republik Sudan Selatan'. Bagaimanakah negara ini mendapat kemerdekaannya? Sama-sama kita saksikan.


Republik Sudan Selatan

Republik Sudan Selatan, seperti namanya, adalah wilayah di selatan Republik Sudan. Tidak seperti di wilayah utara yang didiami oleh majoriti Arab Islam, di selatannya dihuni oleh orang kulit hitam Afrika yang beragama kristian. Krisis identiti yang dialami di antara Selatan dan Utara adalah antara punca krisis yang berpanjangan dalam sejarah Sudan. Selatan Sudan pada asalnya adalah antara wilayah jajahan Inggeris dan kemudian berada di bawah Kerajaan Mesir dan Sudan sebelum menjadi salah satu wilayah dalam Republik Sudan ketika kemerdekaan republik tersebut pada tahun 1956.

Krisi identiti antara Selatan dan Utara menyaksikan meletusnya Perang Saudara Sudan Pertama. Juga dikenali sebagai Anyanya I, pihak Selatan menuntut kuasa autonomi yang lebih diberikan kepada mereka di samping jumlah perwakilan dalam pemerintahan Sudan. Krisis yang berpanjangan dari 1955 hingga 1972 yang berakhir dengan rundingan. Jumlah kematian dianggarkan berjumlah 500,000 orang. Namun, ketiadaan penambahbaikan dalam rundingan mencetuskan Anyanya II pada tahun 1983. Peperangan ini berlanjutan sehinggalah tahun 2005 dan ia berjaya ditamatkan pada tahun 2005 dengan Perjanjian Keamanan, dengan kematian berjumlah hampir 1 juta orang.

Dan hasil daripada perjanjian yang ditandatangani, sebuah Kerajaan Autonomi Sudan Selatan ditubuhkan. Dengan beberapa kemaslahatan, terutamanya dengan bahagian Utara yang mahu undang-undang Sharia dilaksanakan, Presiden Sudan, Omar al-Bashir menyatakan adalah lebih baik jika selatan mengundi untuk merdeka. Walaupun ianya tidak akan menyelesaikan isu-isu dan masalah utama di selatan, ia cukup untuk mewujudkan kestabilan di kedua-dua wilayah, Selatan dan Utara. Maka, pada Januari 2011, penduduk Selatan pun mengundi akan masa depan mereka. 98.83% menyatakan persetujuan mereka untuk merdeka. Maka, tarikh 9 Julai 2011 diumumkan sebagai tarikh kemerdekaan Sudan Selatan.

Photobucket
Presiden pertama Sudan Selatan, Salva Kiir Mayardit

Walaupun terdapat beberapa nama lain yang mahu digunakan kepada negara yang akan merdeka tersebut seperti Azania, Republik Nil, Republik Kush dan Juwama, nama Republik Sudan Selatan dipilih atas faktor kesenangan dan kesamaan. Salva Kiir Mayardit pula adalah Presiden Pertama bagi Republik Sudan Selatan. Sehingga sekarang, Republik Sudan Selatan telah mula menghantar permohonan untuk menganggotai Negara-Negara Komanwel, East African Community, IMF dan Bank Dunia. Cogan katanya pula adalah Keadilan, Kebebasan dan Kemakmuran.

Semoga keamanan yang sebenar dapat dikecapi oleh negara ini
Salam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails