

Selepas PAS menyuarakan pandangannya mengenai isu kenyataan Anwar Ibrahim berkenaan negara Israel, ramai pihak menyuarakan ketidak puasan hati mengenai perkara ini. Portal-portal pro-Pakatan Rakyat rata-rata mengkritik PAS kerana 'menari mengikut rentak UMNO' apatah lagi kenyataan Nik Aziz itu disuarakan dengan jelas di dalam Utusan Malaysia yang memang dikenali ramai sebagai saluran media pro-UMNO. Portal pro-Pakatan Rakyat, suarapakatanrakyat.com umpamanya bersetuju dengan Anwar Ibrahim dan menyatakan yang sepatutnya Nik Aziz melihat daripada sudut bahawa kewujudan 2 negara Palestin - Israel adalah antara pendekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation) dalam menyelesaikan isu Palestin ini.
Namun, penulis berasa hairan dengan pendirian penyokong pro-Pakatan Rakyat yang sebelum ini beriya-iya menyatakan yang UMNO dahulunya bersekongkol dengan Israel terutamanya dalam isu 1Malaysia = 1Israel, ditambah pula dengan isu APCO, berubah kepada menyokong kenyataan Anwar Ibrahim. Isu tanah Palestin ini adalah isu penting umpama hidup dan mati kerana ia sekarang ini adalah tanah suci bagi 3 Agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Dan dengan perselisihan di antara Islam dan Yahudi mengenai status Palestin, terdapat 3 cara yang dilihat oleh masyarakat dunia pada ketika ini untuk menyelesaikan isu ini.
1) Seluruh tanah Palestin adalah milik negara Israel.

2) Tanah Palestin ini dibahagi dua, Negara Palestin dan Israel yang merdeka

3) Seluruh tanah Palestin adalah milik negara Palestin.

Selepas Palestin dibuka oleh orang Islam ketika pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, beliau telah mengisytiharkan bahawa tanah Palestin adalah tanah wakaf bagi semua umat Islam. Jadi, ini bermaksud, pilihan untuk kawasan ini dibahagi menjadi 2 negara adalah tidak boleh dipakai sama sekali. Kerana, secara peribadi penulis mengambil pendirian bahawa pilihan ketiga adalah yang sepatutnya kerana sudah jelas lagi bersuluh bahawa tanah Palestin diambil secara haram ketika waktu perang.
Namun, apa yang pasti, tidak adil jika kita mendengar dari sebelah pihak sahaja. Penulis mahu mendengar apakah penjelasan Anwar Ibrahim mengenai isu ini. Baik kita dengar dulu penjelasannya terlebih dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan