Nampaknya masih tidak selesai lagi isu berkaitan Ketua Pembangkang di Parlimen, Anwar Ibrahim. Ketika pembukaan tahun 2012, kita melihat perkembangan isu liwatnya sehingga sebahagian penyokong Pakatan Rakyat turun berkumpul di hadapan Istana Kehakiman untuk 'memperjuangkan' keadilan baginya. Selepas selesai isu tersebut, nampaknya memang jelas ada pihak cuba sekali lagi tidak mahu membiarkan isu Anwar Ibrahim senyap begitu sahaja di mata rakyat. Sekarang ini, Anwar Ibrahim dikaitkan pula dengan isunya mahu memperjuangkan keselamatan sebuah negara bernama Israel. Persoalannya sekarang, mengapa?
Di media-media pro-Barisan Nasional, isu ini dimainkan hampir setiap hari. Segala kenyataan mereka yang membantah Anwar Ibrahim ini dipamerkan. Sementara di media-media pro-Pakatan Rakyat, nada yang hampir sama dialunkan cuma berlainan alunannya. Kebanyakan berkisar kepada kaitan kerajaan kepada Israel contohnya seperti "kerajaan Malaysia antara penyumbang kepada ekonomi Israel". Nampaknya pertarungan siapakah bakal menjuarai 'Perang kepada Israel' semakin mendapat tempat sebagai permainan politik. Namun, keadaan yang meragukan adalah, berita ini tersebar lebih kurang tidak sampai sebulan selepas keputusan mahkamah memihak kepada Anwar Ibrahim.
Keputusan ini sekaligus menyebabkan kes liwat Anwar Ibrahim menjadi isu 'basi' dan sudah tidak relevan lagi untuk dimainkan. Maka isu baru perlu dicari demi kemaslahatan politik masing-masing terutamanya dengan tarikh 8 Mac 2012 semakin menghampiri. Ulang tahun ke-4 Parlimen Malaysia yang ke-12 dan ianya masih belum dibubarkan. Jadi, jika anda sebagai ahli politik dan isu yang anda mainkan sudah tidak boleh digunapakai, apakah yang perlu anda lakukan? Ya, mencari isu baru. Dan jika anda lihat, beberapa isu sekarang ini berbangkit satu demi satu baik oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Tidak terkecuali juga Kuasa Tengah. Namun, mengapakah isu Yahudi yang dimainkan sekarang ini?

Tidak perlu dinafikan lagi dengan populasi Malaysia yang majoritinya beragama Islam, memboikot negara Israel memang sudah menjadi nadi dalam jati diri majoriti umat Islam di negara ini. Jika di Amerika Syarikat, mereka yang menyokong Yahudi akan mendapat dokongan daripada pelobi-pelobi Yahudi yang menguasai ekonomi negara Uncle Sam itu, di Malaysia pula mereka yang menentang yang akan mendapat sokongan pengundi. Tidak diketahui untuk berapa lama lagikah drama politik ini akan berterusan, namun menyokong Yahudi memang adalah langkah tidak bijak jika mahu popular dengan tiba-tiba. Tidak diketahui siapa yang mulakan dahulu, namun kesinambungan cerita ini memang boleh dibaca.
Contohnya :-
i) Jika Anwar Ibrahim dilabel kerajaan sebagai pendokong Yahudi, maka puak Anwarinas akan memainkan isu anti-kerajaan seperti kerajaan penyumbang ekonomi Yahudi (seperti yang telah dimainkan oleh Suara Keadilan semalam).
ii) Jika kerajaan berdiam diri, akan ada sesi tuduh menuduh seperti isu ini adalah permainan dari pihak kerajaan (dari PR), dan Anwar adalah anak buah Yahudi (oleh BN).
iii) Kuasa Tengah pula pada masa ini pula akan mengambil peluang menghentam salah satu pihak ini. Dan nampaknya PR yang sekarang ini diserang bertubi-tubi.
Apa-apa pun, mari kita lihat apakah kesudahan episod ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan