Subscribe:

Ads 468x60px

`

Sabtu, 18 Ogos 2012

Tahniah buat Pandelela


Olimpik London 2012 sememangnya memberikan makna kepada skuad Malaysia yang bertanding. Skuad Malaysia hampir berjaya merangkul emas pertama dalam acara badminton, namun ditakdirkan yang Lee Chong Wei tewas di tangan Lin Dan di pusingan akhir acara perseorangan lelaki Badminton. Namun, kesedihan tersebut diubat dengan kejayaan Pandelela Rinong, seorang atlit Malaysia kelahiran Sarawak merangkul pingat gangsa dalam acara terjun 10m. Kejayaan ini melakar banyak rekod dalam penyertaan Malaysia dalam arena Olimpik. Atlit wanita pertama yang berjaya merangkul pingat dan pada masa yang sama, pingat pertama yang dirangkul Malaysia selain daripada acara Badminton. Jadi siapakah Pandelela Rinong ini?


Pandelela Rinong ak Pamg adalah anak kelahiran Sarawak dilahirkan pada 2 Mac 1993. Dilahirkan daripada etnik Bidayuh, beliau berasal dari Kampung (Kupuo) Jugan, Bau, Sarawak. Karier beliau sebagai seorang atlit terjun bermula seawal usianya 7 tahun apabila beliau dipilih menjadi penerjun negeri Sarawak. Beliau meneruskan pendidikannya di Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Kejayaan pertama beliau di persada sukan adalah pada tahun 2009, iaitu ketika di Kejohanan Akuatik Dunia apabila merangkul pingat gangsa dalam acara Terjun Berpasangan dengan pasangannya, Mun Yee Leong. Beliau juga memperolehi pingat Perak di Olimpik Remaja 2010 yang berlangsung di Singapura dalam acara Terjun 10m dan 3m. Dan, beliau berjaya merangkul pingat emas pertamanya ketika Sukan Komanwel 2010 yang berlangsung di New Delhi, India dalam acara Terjun 10m.


Kejayaan demi kejayaan yang berjaya diperolehinya, boleh dikatakan ianya mencapai saat kemuncaknya ketika Olimpik 2012 London ini. Gangsa yang diperolehinya amat bermakna, kerana ianya diperolehi di temasya sukan terbesar di dunia, iaitu temasya Olimpik. Dengan kejayaannya memperolehi Gangsa dalam acara terjun wanita, beliau diberikan sumbangan bernilai RM300,000. Daripada jumlah itu, RM200,000 adalah daripada sumbangan Amanah Saham Wawasan sementara RM100,000 lagi adalah daripada Skim Hadiah Kemenangan Sukan Majlis Sukan Negara (MSN). Di samping itu juga, kejayaan Pandelela ini juga mendapat pujian dan sokongan terutama daripada warga negeri asalnya iaitu Sarawak. Penulis juga secara peribadi melihat suasana yang cukup berbeza apabila berita kejayaan Pandelela keluar di dada media. Semoga kejayaan beliau ini menjadi dorongan kepada rakyat Malaysia yang lain untuk sama-sama menyumbang untuk negara Malaysia yang tercinta.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails